16May

VideoPress : Hoskan Video Anda Di Server WP.com

Web 2.0

Sudah sekian lama WordPress memperkenalkan fungsi audio dan video yang diguna pakai oleh mereka kepada para pengguna WordPress yang dipasang sendiri, melalui suatu plugin khas. Kini, mereka telah memperkenalkannya kepada para pengguna WordPress.com, dan menariknya, beserta dengan ruangan muat-naik video, pada suatu harga yang menarik.

Sebelum ini pun, mereka sudah lama menguji pemain video dan audio mereka, dengan menggunakan laman video khas mereka, WordPress.tv, dimana disana mereka mengumpulkan video-video berkaitan dengan WordPress dan dunia blog. Kini, mereka melangkah setapak lagi ke hadapan dengan membolehkan para pengguna WordPress.com memuat-naik video-video mereka sendiri ke dalam server WordPress.com.

Semestinya, ianya didatangkan dengan suatu harga. Tetapi, menariknya, setiap video yang dimuat-naik akan di kompress oleh sistem mereka, dan akan dibahagikan kepada beberapa format, seperti kualiti untuk tontonan web, kualiti DVD, HD dan juga yang dikhaskan untuk beberapa pemain video, seperti Miro dan sebagainya.

Anda juga boleh menggunakan khidmat hosting mereka, dan menyertakan (embed) video yang dimuat-naik di mana-mana laman, dalam sebarang format pilihan anda. Menariknya, khidmat hosting video ini juga didatangkan dengan fungsi statistik, membolehkan anda mengetahui sebarang statistik berkaitan sesuatu video yang dimuat-naik oleh anda.

Dan sekiranya, anda ingin mengehos sendiri segalanya, anda mungkin boleh menggunakan plugin pemain video WordPress, dan hoskannya sendiri bersama-sama blog WordPress anda.


Setiap Tweet Bakal Di Sertakan Data Lokasi
Amazon AppStore Bakal Dilancarkan Pada 22 Mac
Fungsi Carian Pada Twitter Kini 3 Kali Lebih Pantas
Kotak Komen Facebook Kini Turut Dioptimasikan Untuk Pengguna Mudah-Alih
TED-Ed Menyampaikan Video Berkaitan Pendidikan Dalam Bentuk Animasi

11 Komen

  1. baloot pada 17 May 2009

    salam kenal dari aku, baloot.

    nampaknya, server wordpress bertambah besar tu.
    boleh upload video jugak.
    hahaha… tahniah utk wordpress.tv… :D

    kalau nak buat videoblog, kena guna wordpress.com la camni, jimat ruang hosting cket.. hehe

    • Melayu Boleh pada 20 May 2009

      wah..ni bagus ni!
      selain youtube sekarang dah ada wordpress.tv
      bleh upload video kat sane lak..

  2. ubey pada 17 May 2009

    tapi berbayar kan. huuuu~

  3. zool pada 17 May 2009

    Bagus kan kalau ada wordpress video ni

  4. kita pada 17 May 2009

    mungkin satu hari WordPress akan menguasai dunia internet mengalahkan google :)

    • Google pada 17 May 2009

      bekum tentu lagi, nanti kalau google beli wordpress baru tahu, lagupun wordpress ada untuk buat blog sahaja, google dh ada blogger, youtube chrome macam-macam lglah! rasanya tak mampu lah wordpress nk bunuh google :lol:

  5. Khai pada 17 May 2009

    cool.. pasng kat blog sendiri le.. pe barang bayar2.. hehehe

  6. baloot pada 17 May 2009

    pasang kat blog sendiri ni, kena cari hosting besar jugak la…
    tapi setakat wat video 10minit tu, aku rasa dalam masa 1tahun tak abes lagi diskspace tu (kalau beli hosting RM265 kat exabytes)… hehe..

  7. akazuma pada 17 May 2009

    hehe. leh gak tibai nanti. haha..

  8. alone pada 18 May 2009

    nampak macam lagi cool dari toutube. xpe2. nanti kita buat eksperimen :D

  9. lazaac pada 18 May 2009

    mcm best jer function wordpress kali nih…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader