-
WordPress 2.8 Beta 1 Sedia Untuk Di Uji
Mungkin ramai yang masih ternanti-nanti WordPress 2.8 yang mana bakal membawakan beberapa fungsi baru, seperti kebolehan untuk memasang tema dari ruangan dashboard dan sebagainya. Hari ini, pihak pembangun WordPress sudah pun melepaskan WordPress 2.8 Beta 1 untuk diuji para pengguna.
Melalui halaman codex, ianya memperlihatkan WordPress 2.8 bakal dilepaskan dalam bulan Mei, walaupun sebelum ini ianya dikatakan akan dilepaskan pada bulan April. Namun begitu, dengan pelepasan beta pertama hari ini, ianya sudah memperlihatkan bahawa ianya sudah hampir dengan tarikh pelepasan versi akhirnya.

Fungsi Memasang Tema Pada WordPress 2.8 [via]Kini, para pengguna boleh mengemas-kini WordPress dengan hanya satu klik melalui laman dashboard masing-masing tanpa perlu melalui kesukaran untuk memuat-naik fail dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin mencuba versi beta ini, anda masih perlu melakukannya secara manual.
Beberapa perkara baru dalam WordPress 2.8 adalah seperti:
- Pengenalan fungsi memasang tema melalui halaman dashboard.
- Ikon admin yang diperbaiki, dimana kini ianya menggunakan latar lutsinar, berbanding warna kelabu sebelumnya.
- Komen sendiri para pentadbir tidak dinyatakan melalui emel.
- Antaramuka widget yang dikemaskini.
- Fungsi carian plugin yang dikemaskini.
- Fungsi menyimpan (save) halaman apabila kekunci CTRL S ditekan.
- Kini, semua pengguna boleh menggunakan fungsi Turbo.
- …dan pelbagai perkara baru lagi.
15 Komen
nantila. tunggu dah ok semua. baru install yg ni.
oo..nasib baik versi 2.8 ni masih menggunakan frame dashboard yang sama dengan versi 2.7.. kalau tak jenuh jugak nak kene sesuaikan diri dengan interface baru lagi..
Nak try jugaklah…
Tak bape reti nk upgrade WP.
Huhuhu!!!
aman, ko kena ajar aku pasal wordpress satu hari nnt.
nak kene buat manual yang malas ni..
silap buat abis semua.. huu.. seram..
backup cepat.. backup.. :p
menanti dengan penuh debar mengenai apa yang terkini dalam versi 2.8 itu hehehe
wah, nampak gaya kena upgrade lagi, banyak keje nih
wow… dah release ke?
dah bleh try la nih… thanks for the info bro!!!
best2!!! tapi takut hancur plak..sbb x bape pdi sgt gune lagi WP ni..hu3
hm.. menarik. xperlula nak upload guna FTP kalau nak test theme atau guna plugin. apa2 pun, nak tunggu yang rasmi la =)
Tunggu yang versi stabil baru upgrade =)
yup. tunggu yang final version je la. stabil sket kot? jangan la berubah sangat daripada 2.7 sebab masa mula-mula pakai 2.7 pun agak susah sikit nak menyesuaikan diri. sekarang rasa mudah plak 2.7 ni. hehe
install files drpd dashboard tu yang menarik. xpayah nak susah2 pakai ftp/cpanel kan? hihi
hm…. untuk testing gpp sich pake di local, tentunya untuk path upgrade mudah2an tetep compatible dengan plugin2 yang sudah ada di versi sebelumnya …
nice info walaupun bahasanya translate.. hihihi [peace]
best… tp tggu yg final version j la dlu br slamat.kut2 yg skrg ni xcompatible ke,xsecure ke.. xsabar tul…