06May

World of Fight Bakal Mencabar WoW?

e-Permainan

Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan permainan RPG terpopular di dunia, World of WarCraft, yang mana mempunyai hampir 11.5 juta orang pemain berbayar setiap bulan. Kini, salah satu pengedar World of WarCraft dikatakan bakal mengeluarkan permainan seumpamanya, yang diberikan nama World of Fight (WoF).

World of Fight
Halaman Utama WoF

Mungkin ramai mengetahui akan, negara China merupakan negara yang mempunyai pemain dalam talian yang tertinggi. Sebelum ini, The9 diberikan hak untuk mengedar WoW di China, namun begitu, Blizzard kini memilih NetEase, sekaligus menamatkan kontrak dengan The9 mulai bulan Jun 2009 ini.

Perkara ini semestinya menjadikan pihak The9 tidak berpuas hati, sekaligus ia melancarkan laman baru yang diberikan nama WoFChina, yang mana kelihatan lebih kurang sama dengan WoWChina. Melalui halaman tersebut, ia memperlihatkan permainan terbaru World Of Fight yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Masih tiada sebarang berita-berita lain berkenaannya, dan mungkin tidak lama lagi, WoF pula akan mencipta nama. Siapa tahu.


Spore - Kawal Evolusi Spesis Anda
Crysis 2 Mendahului Carta Muat-Turun Melalui BitTorrent Sepanjang 2011
Rekod Dunia Edisi Permainan Video Kini Kembali Kali Ke-Lima
Xadira Melancarkan Permainan Super Tiny Flight Untuk iOS
Konami Memperlihatkan Video Permainan PES 2013 - Bakal Dilancarkan Tahun Ini

1 Komen

  1. impiety pada 21 Nov 2009

    mmg best game ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader