15May

Yahoo! Meme – Platform Blog-Mikro Dari Yahoo!

Yahoo!

Setelah tidak begitu berjaya dengan Yahoo! 360, kini Yahoo! cuba menceburkan diri ke dalam arena blog-mikro. Hari ini, mereka telah memperkenalkan Yahoo! Meme, yang mana dilancarkan dalam bahasa Portugis. Buat masa ini, segala proses pendaftaran adalah melalui jemputan sahaja, dan belum dibuka kepada umum secara terbuka lagi.

Yahoo! Meme
Halaman Utama Yahoo! Meme

Konsepnya lebih kepada Tumblr atau Pownce yang telah menamatkan servis tidak lama sebelum ini, dimana para pengguna boleh berkongsi link, pandangan, imej, video dan sebagainya melalui Yahoo! Meme, dan tidak terikat dengan hanya 140 huruf seperti Twitter.

Yahoo! Meme
Antaramuka Laman Pengguna Yahoo! Meme [via]

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Yahoo! Meme hanya dilancarkan khas untuk para pengguna daripada Brazil. Brazil sebelum ini terkenal dengan penggunaan Orkut yang paling tinggi, jauh meninggalkan penggunaan MySpace dan Facebook di negara tersebut. Dengan pengenalan Yahoo! Meme khas untuk pengguna negara tersebut, mungkin Yahoo! dapat menguasai pasaran blog-mikro di negara tersebut.

Kredit : TechCrunch


Yahoo! Mencuba Logo Berwarna Ungu
BrowserPlus Memperkenalkan Dua Fungsi Baharu
Selamat Tinggal Yahoo! MyWeb
Yahoo! Hub Membolehkan Penghantaran Mesej Dan SMS Percuma Ke Talian Mudah-Alih Di Malaysia
Twitter Mula Mengintegrasikan Kandungan Dari WordPress Pada Laman Mereka

9 Komen

  1. alone pada 16 May 2009

    wah2. ini sudah bagus. rasanya Yahoo! Meme ini boleh diakses menggunakan Yahoo! ID bila dibuka kepada umu nanti. banyaklah info hangat & menarik akan tersebar dengan mudah =)

  2. blinkky pada 16 May 2009

    Hmmm…tak sabar jugak rasanya nak tunggu Yahoo! Meme ni… Nampak cam menarik….

  3. Junaidix pada 16 May 2009

    nampak macam complicated jer tuh..

  4. PakciQue pada 16 May 2009

    Lain macam je cara nak sebut dia. Lepas ni ada tak *Norman*?

  5. Eriyza pada 16 May 2009

    Cam best jak.
    Hehehe!!!

  6. mohdisa pada 17 May 2009

    Yahoo! Meme? Mcm best jerk.

  7. Fahmishah pada 18 May 2009

    Google bila lagi?

    • aMaNz pada 19 May 2009

      Google kan dah ada Jaiku =)

  8. abdullahmansor pada 23 Sep 2009

    mahukan jemputan untuk menggunakan yahoo meme?

    Sila klik link di bawah:

    http://abdullahmansor.wordpress.com/2009/09/23/yahoo-meme


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader