• YM! Digunakan Untuk Menghantar Mesej Spam

    Beberapa bulan akhir-akhir ini, banyak mesej atau boleh dikatakan spam berkaitan suatu produk penurunan berat. Medium utama penyebaran mesej tersebut adalah melalui Yahoo! Messenger.

    YM Spam
    Salah Satu Contoh Mesej Spam Yang Diterima Oleh Saya

    Sekiranya anda juga mendapat mesej seperti ini,ini bermakna, ID rakan anda telah dicuri, dan kini digunakan sebagai salah satu medium untuk menghantar mesej-mesej berupa spam dan sebagainya kepada senarai rakan-rakan pada senarai hubungan miliknya.

    Jadi, mungkin ramai tertanya, apakah yang akan didapati oleh orang dibelakang kegiatan ini dengan berbuat demikian? Secara tak langsung, mereka dapat mempromosikan barangan mereka dengan cara yang salah, selain menjana keuntungan sekiranya sesiapa membuat pembelian.

    Walaubagaimanapun, kelihatan seperti pencuri ID ini tidak menukar kata laluan atau mengubah sebarang data lain. Untuk memastikan anda selamat daripada menjadi mangsa mereka, pastikan komputer anda tidak terdapat sebarang program key logger, dengan memasang antivirus, dan melakukan carian virus pada komputer anda. Seterusnya, selepas memastikan komputer anda tidak mempunyai sebarang program keylogger, anda bolehlah menukar kata laluan YM anda.

28 Komen

  1. zara on 19 May 2009

    Ooo barulah mak cik tahu. Terima kasih amanz. Mak cik berbalas kunjungan. Terima kasih.

    • Melayu Boleh on 20 May 2009

      thanks bro amanz sebab bagi info yang berguna ni..

  2. safwan on 19 May 2009

    Patut la semenjak 2 menjak ni dapat mesej pelik2 je dari member-member YM..

  3. alone on 19 May 2009

    pelik2 mesej spam. geram gak aku. terima kasih aman untuk info.

  4. Nikuve on 19 May 2009

    Um, banyak kali juga dapat YM Spam start akhir April hingga skrg.

  5. hazman aka species1980 on 19 May 2009

    suatu tindakan yang langsung beretika….ape kater tukar kepada skype….

  6. Eriyza on 19 May 2009

    Slalu jer dpt msg spam.
    Huh!

  7. beliamuda on 20 May 2009

    memang banyak spam camtu skg.. kadang2, ada yang bagi link ke laman web “panas”.. ada geng yang tak pasal2 malu sebab kena benda cmtu… kesian dia.. cuak gak..

  8. PanduanTwitter on 20 May 2009

    Uihh..

    Aku menyirap jgk pasal mendalah ni.

    BUkan malam ni je aku kene,da berminggu.Tapi org lain la yg menyepam.Xtau la plak kot aku ada ter sepam,tade org cakap pape pon ..tade la kot.

    Jangan sampai kene format sudah..luluh hati gua

  9. Dr House on 20 May 2009

    Member aku pun kena kat akaun dia. Tapi aku rasa dia tak perasan kot. Aku lagi teruk. YM id lama dah kena hijack.

  10. Active Blogger on 20 May 2009

    hehe…aku sll dapat msj spam…tapi aku terus black list kan jek…senang cerita :-)

  11. saiful on 20 May 2009

    bro..cane nak tukar password m..hahhaa

  12. sejuk on 20 May 2009

    amanz, thanks..mintak kebenaran untuk copy paste artikel ini. terima kasih

    • ena on 10 Jul 2009

      yola2..

  13. Junaidix on 20 May 2009

    ni ok lagi, wife aku dapat sms spam then diaorang boleh pulak charge bendalah tu kat bill! mmg tak guna punya spammer!

  14. amy on 20 May 2009

    ha aku pun kene weh.spam yang kasik ubat kurus tuh acai pills tuh.then ade g satu yang tuka2 status tuh. pergh tuka status takleh blah. time kite tak on ym,die akan kuar status tuh. woh merusakkan reputasi btol ehe.

    btw amanz thanks bitau pasal problem “comment space” kat blog aku. huhuh

  15. amy on 20 May 2009

    tapi camne nak tau computer kite ni ade keylogger ke tak ek?

    • aMaNz on 20 May 2009

      Erm, just update antvirus hang ke latest version, and then scan komputer hang..

  16. Adam on 20 May 2009

    Sama-sama kita cari penyelesaian kepada masalah ini. :)

    • ena on 10 Jul 2009

      pe probs beb?

  17. chokilala on 21 May 2009

    annoying kan mesej spam yang acai berry bla3 tu? ada x solution untuk remove? tapi pil tu memang wujud kan? pernah baca artikel. memang oprah ada guna, tapi yang dia spam ni yang fake punya. hish, mcm2. huhu. thanks for sharing this info

    • asx on 29 May 2009

      woit. cm kenal je ID . hahahaahahaha!

      • ena on 10 Jul 2009

        tol ke?cuba teka.

  18. zelo55 on 22 May 2009

    ak x than btol bile dpt msgacai berry tu…
    mcamla aku ni gemuk sgt smpai kne beli produk tuh…
    huuuu..

    • ena on 10 Jul 2009

      kadang2 ar…

  19. od3n on 22 May 2009

    ape² pn korng tukar la pwd korng kepada yg lebih strong. ade sape² yg gune vista kene infected x die pnye ym? aq pnye kes lg pelik sblum nie.. seminggu xleh loggin sbb ym kate pwd salah.. then aq send emel kt yahoo, firstly die kate aq langgar term die.. aq reply lg… last² die kate xde ape² huhu.. gile la.. 1k list org dlm ym aq tue.. peh..ilg naya je..

  20. Adney on 27 Sep 2009

    tu yang aku x suke YM tu.. salah satu faktornyer


Tinggalkan Komen Anda