Archive for June 2009
-
30Jun
MalaysiaKini Menguji Rekabentuk Laman Yang Baru
Mungkin ramai yang sudah sedia maklum yang mana MalaysiaKini bakal mengubah rekabentuk laman mereka tidak lama lagi, bersempena dengan sambutan ulang-tahun ke-10 mereka. Kini, mereka sudah mula menguji rekabentuk serba baru mereka, yang mana kelihatan bersih dan putih dengan masa loading yang lebih pantas berbanding...
-
30Jun
aMaNz Kini Berumur 4 Tahun. Terima Kasih Semua!
Hari ini menandakan hari ulang tahun laman aMaNz. Laman aMaNz yang dimulakan pada pertengahan tahun 2005, menggunakan khidmat hosting BizHat.. Seterusnya melalui kenalan di WeBlogCentre, aMaNz beralih kepada domain .NET dan mula menggunakan WordPress untuk pengurusan...
-
30Jun
Firefox 3.5 Membawakan Sokongan HTML5
Seperti yang dijanjikan, hari ini Mozilla telah melepaskan Firefox 3.5 yang mana mengguna pakai enjin Gecko 1.9, dan membawakan pelbagai fungsi baru yang menarik, dan menyokong pelbagai teknologi web yang baru, selain mempertingkatkan prestasi pelayar web tersebut. Firefox 3.5 sebelum ini dikenali sebagai Firefox 3.1 telah melalui proses pembangunan selama hampir...
-
29Jun
Laman JomTwit Di Lancarkan Secara Rasmi
Ingat tak lagi berkenaan dengan JomTwit yang diperkatakan tempoh hari? Hari ini, secara rasminya, JomTwit telah dilancarkan, namun ianya masih lagi dalam peringkat beta, dan masih terdapat beberapa fungsi yang masih belum diaktifkan lagi, yang mana akan diperkenalkan dalam masa terdekat...
-
27Jun
Firefox 3.5 Bakal Di Lepaskan Pada 30 Jun
Sekiranya tiada sebarang aral melintang, Mozilla akan melepaskan Firefox 3.5 kepada semua pengguna pada hari Selasa ini, iaitu 30 Jun. Sebelum ini, Mozilla telah melepaskan hampir 3 RC untuk Firefox 3.5, memastikan tiada sebarang masalah pada versi akhir pelayar web sumber terbuka yang kian meningkat popularitinya...
-
25Jun
Penggunaan Rekabentuk Kotak DVD Win 7 Kini Rasmi
Sama seperti sistem operasi Windows yang baru, rekabentuk kotak dan produknya juga sama-sama mengalami evolusi. Hari ini, pihak pembangun Windows 7 secara rasminya memperlihatkan rekabentuk produk mereka yang mana bakal dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober, dan boleh dimiliki mulai 23 Oktober 2009...
-
25Jun
Tetapkan Siapa Yang Melihat Kemaskini Facebook Anda
Sejak Twitter diperkenalkan, ianya telah mengubah serba-sedikit keadaan pada Facebook, daripada rekabentuk sehinggalah yang terkini, cara para pengguna mengemaskini status mereka. Kini mereka boleh menetapkan siapakah yang dapat melihat kemaskini status mereka, samaada rakan-rakan mereka atau keseluruhan pengguna...
-
24Jun
Win 7 RC Boleh Di Muat-Turun Sehingga 15 Ogos
Seperti yang sedia maklum, Windows 7 Beta yang dilepaskan pada awal tahun ini kini menghampiri tarikh tamat, dan anda dinasihatkan untuk menaik-taraf kepada Windows 7 RC secepat mungkin. Malah, mesej yang mengatakan Windows 7 Beta akan tamat juga sudah mula diperlihatkan pada...
