Hari ini menandakan hari ulang tahun laman aMaNz. Laman aMaNz yang dimulakan pada pertengahan tahun 2005, menggunakan khidmat hosting BizHat, dan koding HTML biasa. Seterusnya melalui kenalan di WeBlogCentre, aMaNz beralih kepada domain .NET dan mula menggunakan WordPress untuk pengurusan kandungannya.
Hari ini, sudah cukup 4 tahun domain aMaNz.NET didaftarkan. Sebelum ini, pelbagai masalah yang dihadapi pada sistem hosting, menjadikan banyak database yang hilang begitu sahaja. Malah, artikel-artikel sebelum ini, lebih kepada gaya bersahaja dan menggunakan bahasa rojak dalam penulisannya. Mulai bulan Mei tahun lepas, laman aMaNz dialihkan kepada domain .MY yang mana lebih melambangkan laman dari Malaysia. Malah segala kandungannya kini mula menggunakan hampir 90% bahasa Malaysia. Para pengunjungnya juga semakin hari semakin bertambah, dan kini mempunyai kekuatan PageRank 5.
Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam pembangunan laman aMaNz. Hanya enjin carian Google sahaja yang kini mengindex aMaNz.MY sebagai laman utama untuk carian aMaNz, tetapi Yahoo! dan Bing masing-masing agak sukar untuk ditembusi. Dan sekiranya aku diberi peluang untuk memulakan kembali blog aMaNz, satu perkara utama yang akan aku lakukan selalu adalah backup. Mungkin juga aku akan satukan blog LinuxMalaya bersama-sama dengan laman aMaNz, sekaligus membolehkan dunia sumber terbuka mendapat liputan yang lebih luas.
Kini, di blog aMaNz.mY (sejak dari tahun lepas), sudah terdapat lebih 625 artikel, 3,564 komen, 12 kategori, dan 1445 tag. Selain daripada laman aMaNz, LinuxMalaya.com juga berada pada rangkaian sama. Sempena ulang tahun ke-empat aMaNz, dua lagi blog baru. Satunya, berkenaan dengan dunia bola sepak (blogger pun kena relaks juga kan?), dan satu lagi, berkemungkinan berkenaan gajet semasa ataupun khas berkenaan dengan blog. Nantikan kemunculannya dalam masa terdekat ini.
Oh ya! Anda boleh mengikuti perkembangan semasa laman aMaNz dan LinuxMalaya melalui akaun Twitter masing-masing – @aMaNzmy dan @LinuxMalaya. Anda juga boleh mengikuti penulis di @AmanFirdaus atau di Facebook. Segala cadangan, komen, kritikan pedas dan sebagainya berkenaan laman dan hala tuju laman ini amat dinantikan. Terima kasih kepada semua pengunjung.
Terima kasih Amanz, kerana memberikan info-info teknologi yang bermanfaat.
Thanks gak sebab bagi support sampai sekarang. Huhu
Tahniah Amanz! Amanz.net merupakan blog teknologi terawal yang aku tahu masa tahun 2005.
Lama tu 4 tahun, zaman tu aku guna blogspot ja lagi, hehe..
Bila nak potong kek?
Kek tak mampu nak beli. Dah guna duit tuk update domain. Haha.
happy besday…
alamak..
xde present la…
heheh…
Aku adalah antara pembaca tegar amanz.apa yang aku suka ialah amanz.my ni adalah dalam bahasa melayu dan juga kandungan beritanya keep up to date..wow..tahniah kerana memartabatkan bahasa melayu.jarang kite nak jumpe website berkaitan teknologi dalam bahasa melayu.
Cadangan aku,ko carik lagi writer2 utk amanz.my dan moga2 amanz.my akan jadi website berkaitan teknologi yang terkemuka di Malaysia.
pasal loding website ni mmg terbaik..laju dan smooth..pernah satu hari aku masuk site amanz.my waktu aku kat kampung guna dail up pun still ok jugak loading..keep it up amanz.
p/s: Try la apply free dedicated server kat exabytes.komfem dapat punyer..hehe. =)
Huhu. Thanks sebab support blog aMaNz nie bro.
BTW, sekarang guna DataKL. Alhamdulillah, buat masa nie, masih boleh tampung kos server ngan domain. Huhu. Pasal writer lak, masih sedang dicari-cari. Huhu.
Pingback: Ulangtahun ke-4 Amanz « InfoMalaya dot Com
Heppi burfdei Amanz.my.
Semoga terus gah di persada
blog antarabangsa.
Blog ni antara blog kegemaran
kak Eriyza dr dolu sampai kini.
tahniah amanz..moga terus kekal memberi info berguna untuk aku dan rakan-rakan yg lain
aku sokong kalau nak buka blog berkaitan gajet dalam bahasa malaysia..
~~hepi birthday sekali lagi untuk aMaNz
InsyaAllah. Akan dipertimbangkan. Tapi, akan launch blog Bola Sepak terlebih dahulu, dalam minggu ini.
Congrats! semoga semakin mantap dengan info2 lagi. Amanz.my mmg slalu bagi info yang cepat.
salam bro,
tahniah sempena ulang-tahun ke-4 amanz.net,
sememangnya, blog ini antara blog tech terawal yg ak jmp semasa mle2 nk b’blogging dlu dlam thun 2005,
tp syg, byk artikel2 lme2 yg bguz2 tp xdpt d’selamatkan,
ape2 pun bro, teruskan usaha anda!
uih 4 tahun bukan kejap tu. teruskan mengeposs
clap clap
tahniah pada bro
tak buat kenduri ke?hehe
tak de free job untuk jadik co writers kat blog gadjet tu ke?
nanti aku emel hang. huhu.
Tahniah..jom turun Shah alam aku belanja makan
Uish. Shah Alam? Jauh tue. Huhu.
Besday blog sudey.. bile besday owner nya pulak kan? kene makan ramai2 la nanti.. hehehe..
anyway, thanks a lot sbb byk menaja aku selama kita kenal beb!! sayang ko lebey la kan.. hehehe
Tahniah! semoga sentiasa terus memberi berita-berita terkini tentang teknologi
tahniah baik-baik je jaga blog jangan sampai hilang data lagi.
apa lagi man, open table la.. wohooh
Uwa, lama tu 4 tahun..
Heppi besday, senior…
slalu gak lepak-lepak kat sini sambil menimba ilmu di dada… thanks amanz…
tahniah atas usaha.. lama jugak dah amanz ni bertahan.. lebih kurang mcm msjbox la jugak!
teringat kenangan di weblogcenter.
apa pun tahniah atas pendapat ko dlm menerajui dunia blogging tempatan. aku sendiri nampak tahap pencapaian ko dlm blog. dari mula hingga kini.
bagi ianya bukannya mudah, tapi ko dapat melakukannya.
Chayok la amanz~ Memang berinformasi blog ko~
wah, sudah berusia 4 tahun? lamanyer…tak tahu plak aku. bestnya.
Dah 4 thn tahniah !!! dan teruskan berkarya….
Wow.. sudah 4 tahun.. tak sangka ya.. dan masih bertahan sehingga kini.. tahniah!!
Bagus aman teruskan lagi membawa info2 menarik
selamat ulang tahun ke-4
teruskan usaha!
Pingback: Satu Penghormatan Buat InfoMalaya dan Amanz.My « Sembang Komputer
Sejak tahun 2008 aku mula
mengenali blog Amanz lebih
dekat.tahun sebelum tu mungkin
tersesat melalui enjin carian.hehe…
WordPress aku minat guna sebab
tema percuma,tema berbayar dan
plugin.
pernah beralih ke Dotclear satu
ketika dahulu.wordpress tetap dihati
aku kerana plugin banyak.