17Jun

Blogtitude Kembali Tanpa Sebarang Perubahan

Web 2.0

Setelah sekian lama memaparkan mesej akan kembali semula, kini anda boleh melayari Blogtitude dan mengikuti perkembangan blog-blog menarik ditanah air. Tetapi, amat mendukacitakan kerana tiada sebarang perubahan nyata padanya setelah sekian lama memaparkan mesej akan kembali beroperasi.

Selain daripada itu, Blogtitude juga memaparkan mesej yang mana mereka terpaksa mengabaikan pembangunan laman tersebut kerana terpaksa memberikan perhatian untuk perkara yang lebih penting lagi. Walaubagaimanapun, laman tersebut boleh diakses untuk dua tahun yang akan datang. Sebelum ini, Blogtitude menjanjikan akan mengintegrasikan Facebook Connect, membolehkan para pengguna melihat artikel mengikut kategori, dan akan memperkenalkan rekabentuk yang serba baru dan mesra pengguna. Tetapi, semua itu tidak sempat diintegrasikan ke dalam Blogtitude lagi.

Sebagai alternatif untuk Blogtitude, mungkin anda berminat dengan FeedMalaya yang mana mengintegrasikan akaun Facebook dengan Aggregator melalui Facebook Connect. Selain itu, FeedMalaya juga membolehkan para pengguna berkongsi pautan yang terdapat padanya di laman sosial yang lain, selain membolehkan para pengguna menyembunyikan artikel dari laman-laman yang tidak diminati mereka.


InfoMalaya.com Kembali Beraksi Semula
Facebook Menguji Pemuat-Naik Gambar Yang Baru
WikiPedia Kini Berumur 10 Tahun
Twitter Memperkenalkan Add-On Rasmi Untuk Firefox
Google Mencatatkan Lebih 1 Billion Kunjungan Unik Pada Mei 2011

5 Komen

  1. Akmal Hisyam pada 17 Jun 2009

    haha..
    aku lagi suka feedmalaya sbb blog aku tersenarai..

  2. mohdisa pada 17 Jun 2009

    blogtitude ni social network gak yerk?

    • aMaNz pada 17 Jun 2009

      bukan, blogtitude nie web aggregator..

      • mohdisa pada 17 Jun 2009

        oic, okay2. thanks amanz. amanz aku ada tanya pasal win7 rc. cuba tgk entri sebelum ni pasal win7.

  3. alone pada 18 Jun 2009

    yela. uhu. sama saja. mungkin diorang ada projek yang lebih besar. hehe.


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader