• Celcom Membawa HTC Magic Android Ke Malaysia

    Celcom dan HTC Corporation telah mengumumkan yang mana dengan kerjasama mereka, Celcom bakal membawa masuk HTC Magic, telefon bimbit pintar kedua didunia yang berasaskan sistem operasi Google Android akan dibawa masuk ke Malaysia, dan boleh dibeli mulai daripada 15 Jun 2009. Ini sekaligus menjadikan HTC Magic sebagai telefon bimbit pertama berasaskan Android di Malaysia.

    HTC Magic Android
    HTC Magic Android Yang Bakal Di Bawa Masuk Oleh Celcom

    HTC Magic membawakan skrin seluas 3.2″ dengan keupayaan skrin sentuh, kamera 3.2 megapixel, papan kekunci QWERTY pada skrin, sokongan zoom in dan out ketika melayari laman web, dan sokongan putaran skrin secara automatik untuk pelayaran web yang lebih menarik dan mudah. HTC Magic yang dijangka bakal berada di pasaran Malaysia mulai 15 Jun ini di cawangan Blue Cube, akan mula dijual pada harga RM 2699 RM1999 yang mana memberikan HTC Magic dan juga kad memori mikroSD sebesar 8GB.

    Sebelum ini, Maxis membawa masuk iPhone 3G ke dalam Malaysia, dan kini Celcom pula membawa masuk telefon bimbit berasaskan Android yang dinanti-nantikan oleh para pengguna tempatan. Selain itu, Maxis dan Celcom juga turut sama menawarkan Blackberry Storm kepada para penggunanya.

    Kredit dan Tips : Odin

9 Komen

  1. xun on 15 Jun 2009

    nampak gayanya, dah dapat gambaran awal ‘Phone Wars’ kat malaysia ni.

    Agak, DiGi nak gune system ape? Hehe.

  2. oDiN on 15 Jun 2009

    RM1999 to me it’s still pricey .
    i target it to be range between 1.5 – 1.8k .

    Still waiting for a better android phone ..

    • syia on 15 Jun 2009

      herm..herm… odin.. bkn byk duit ke?

  3. Afif on 15 Jun 2009

    Aku nak iPhone jugak!

  4. Abang Lie on 16 Jun 2009

    Abang lagi suka HTC G1 sbb ada QWERTY keybod. :) Apa-apa pun, Android memang best.

  5. Junaidix on 16 Jun 2009

    aku pun nak test drive gak htc magic ni nanti.. hehe

  6. noronorobeam on 25 Jun 2009

    Aku lagi prefer android. x kisah mn2 platform. Dengar kata bateri mmg cepat habis. adakah benar?


Tinggalkan Komen Anda