Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kebanyakkan laman sosial sudah pun sekian lama menawarkan URL khas dalam bentuk kata pengguna kepada kesemua pengguna yang berdaftar dengan mereka, kecuali laman sosial yang paling popular, iaitu Facebook. Sudah sekian lama ianya mengguna-pakai bentuk URL yang amat menyukarkan para pengguna untuk memberitahu profail mereka kepada rakan mereka. Kini, mulai hari Jumaat ini, anda boleh mendapatkan URL berbentuk kata pengguna anda dari laman Facebook.

Pilihan Bentuk URL Pada Facebook [via]
Mulai daripada 13 Jun ini, anda boleh mendapatkan URL khas untuk profail anda dengan percuma. Namun begitu, sekiranya anda mengendalikan Fan Pages, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1000 peminat sebelum boleh dapatkan URL khas mereka. Begitu juga dengan profail Facebook yang dicipta selepas hari ini, perlu menunggu sedikit masa sebelum boleh mendapatkan URL khas mereka.
Bentuk URL yang ditawarkan hanya boleh mengguna-pakai huruf, angka, dan juga tanda nokthah. Tiada penggunaan tanda sengkang dan “underscore” yang dibenarkan. Selain itu, anda hanya dibenarkan memilih sekali sahaja, dan tidak dibenarkan menukar URL anda setelah anda mendaftarkannya. Jadi, anda mempunyai masa selama tiga hari untuk memikirkan nama URL Facebook anda.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
okeh…thanks for the info
Akhirnya! lepas ni, mudah lah nak beritahu orang.
cmni la baru best aku nk heboh2 link facebook aku.. hehe
Masalah nak hebahkan profil sudah tiada lagi.
Tahniah kepada FB. Mereka semakin memahami kehendak pengguna.
info menarik ni..