23Jun

Eksklusif : Pandang Pertama Laman JomTwit

Web 2.0

Semalam kami ada menulis berkenaan dengan JomTwit yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Hari ini, kami berjaya melihat laman tersebut yang masih dalam pembangunan dan bakal dilancarkan secara rasminya pada 29 Jun ini kelak. Secara ringkasnya, JomTwit membolehkan anda melihat pengguna Twitter mengikut kategori.

Mungkin ramai yang sudah sedar akan kegunaan Twitter pada masa kini. Malah ianya sudah menjadi medium perkongsian berita, selain kini banyak digunakan sebagai ganti kepada pembaca RSS. Banyak blog juga kini menggunakan akaun Twitter khas untuk blog mereka, seperti @InfoMalaya, @LinuxMalaya, dan tidak ketinggalan, @amanzmy sendiri. Dan mungkin ramai yang di luar sana mengikuti lebih banyak lagi akaun-akaun Twitter sedemikian, dan agak rimas dengan kemaskini yang diperlihatkan pada dashboard Twitter anda.

JomTwit

Di sinilah datangnya kegunaan utama JomTwit, dimana anda boleh membahagikan dan menyusun semua akaun tersebut mengikut kategori. Malah, anda juga boleh menyusun akaun rakan-rakan anda mengikut kategori, seperti Rakan Kelas, Blogger dan sebagainya. Anda juga boleh menyusun para pengguna Twitter mengikut kategori, siapa anda ingin lihat, siapa anda tidak ingin lihat, siapa di atas, siapa di bawah dan banyak lagi.

JomTwit

Malah, JomTwit juga dalam perancangan di mana, para pengguna kelak boleh log masuk ke dalam laman JomTwit menggunakan akaun Twitter mereka, dan seterusnya membuat tetapan panel JomTwit mereka sendiri, dimana para pengguna boleh menambah dan membuang siapa yang ingin mereka ikuti, tambah kategori dan sebagainya. Selain itu, banyak perkara lain lagi yang bakal diintegrasikan dan fungsi-fungsi baru yang akan diperkenalkan dalam JomTwit satu persatu.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran JomTwit pada 29 Jun ini.


Najib : Tiada Cadangan Untuk Menapis Internet
Bing Kini Lebih Sosial Bersama Data Facebook
GengBlogger Memperkenalkan Fungsi Statistik
Mozilla Melancarkan Open Web Apps
Facebook Kini Memberi Lebih Kawalan Keatas Perkongsian Dan Privasi

15 Komen

  1. chokilala pada 23 Jun 2009

    maknanya dia disusun dalam kategori hanya dalam jomtwit ni la? bukan la sebagai settings twitter? maknanya, kalau kita xguna jomtwit kategori tu bersepah la (in case kalau kita xsetup). hohoho. masih blurr. tunggu je la 29 Jun ni. xlama pun lagi ;)

  2. Junaidix pada 23 Jun 2009

    woah.. impresif!

  3. waniee pada 23 Jun 2009

    @Junaidix, hopefully!

    @Chokilala, yes that’s right. JomTwit ni nanti 3rd party app, guna Twitter untuk grab content.. hehehe papehal, lets wait untuk Jun 29 ni, tengkiu for ur sapot :D

  4. Eriyza pada 23 Jun 2009

    Bunyi cam best jer.
    Tunggu 29 Jun jelah.

  5. denaihati pada 23 Jun 2009

    terus mengikut perkembangan jomtwit ni

  6. marzuki pada 23 Jun 2009

    tak sabar menunggu.

  7. Hamdi pada 23 Jun 2009

    saya mau cuba!!!!

  8. azraai pada 23 Jun 2009

    cluster content guna apa.

    hierachial?

  9. Harith pada 23 Jun 2009

    yes….another new product from malaysia….cool..tak sabar nak guna..

  10. mohdisa pada 24 Jun 2009

    wah, bagus ini. mesti menggunakannya. yuhu…aku pun semak jugak tgk dashboard aku. huh

  11. waniee pada 24 Jun 2009

    tengkiu denaihati, marzuki and Hamdi ^_^

    azraai – we’ll reveal any tech stuff nanti lepas release as everything is still in development!

  12. waniee pada 24 Jun 2009

    thanks harith!

    mohdisa – tulah, antara masalah yang di list down kan time brainstorming. harap dapat solve masalah semak tu nanti! :D

  13. fazamania pada 24 Jun 2009

    x sabar nak join ni..

  14. MonsterBuzz pada 25 Jun 2009

    bagus2. xdela bersepah2 dashboard lepas ni ek.

    harapnya carian twit pun jadi lebih mudah. sama2 nantikan 29 Jun!


Trackbacks/Pingbacks

  1. Tuesday quickie : Orang Type Banyak

Tinggalkan Komen Anda