Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperkenalkan FeedMalaya pada awal bulan Jun 2009, kini FeedMalaya memperkenalkan rekabentuk serba baru untuk lamannya. Rekabentuk yang masih mengekalkan ciri-ciri kemas dan bersih, kini banyak mengguna-pakai warna biru sebagai warna utama dalam rekabentuknya.

Rekabentuk Baru FeedMalaya
Walaubagaimanapun, susun atur laman masih lagi sama seperti dahulu. Ikon-ikon yang digunakan kelihatan seperti diberikan nafas baru, selain bahagian footer kini menampakkan dengan lebih mudah lagi siapa pembangun disebalik FeedMalaya. Bersama-sama dengan rekabentuk baru, logo baru turut sama diperkenalkan.
Bagi yang masih tidak mengenali FeedMalaya, ianya merupakan salah satu blog aggregator yang diintegrasikan dengan Facebook Connect. Para pengguna boleh mengikuti sesuatu blog, atau menyembunyikan blog-blog yang kurang diminati dengan hanya satu klik sahaja. Selain itu, menariknya FeedMalaya adalah kerana ianya hanya menghimpunkan blog-blog tempatan yang berinformasi sahaja.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Lajunya Aman, hehe…
Terima kasih!
yay! u’ve released it! hehehehe. love it!
eh mana mobile version? thats one of my fave feature of feedmalaya
@wanie: Bat nak kena buat banner baru, hehe..Sebab tu la hilangkan kejap links dia. =P
Btw, ini link ke versi mobile, http://m.feedmalaya.com
wow satu design yang simple tapi sangat cantik, tahniah!
giler kacak design…
emptyspace dan topo, terima kasih! Banyak lagi benda yang nak kena buat lepas ni. =) InsyaAllah