27Jun

Firefox 3.5 Bakal Di Lepaskan Pada 30 Jun

Perisian, Sumber Terbuka

Sekiranya tiada sebarang aral melintang, Mozilla akan melepaskan Firefox 3.5 kepada semua pengguna pada hari Selasa ini, iaitu 30 Jun. Sebelum ini, Mozilla telah melepaskan hampir 3 RC untuk Firefox 3.5, memastikan tiada sebarang masalah pada versi akhir pelayar web sumber terbuka yang kian meningkat popularitinya ini.

Mozilla Firefox 3.5 kelak akan membawakan pelbagai fungsi baru selain menggunakan enjin JavaScript TraceMonkey yang serba baru. Firefox 3.5 RC sudah mula menyokong HTML5, yang mana membolehkan anda memainkan video berformat OGG tanpa sebarang add-on tambahan, dan memberikan lebih kawalan ke atas video tersebut, berbanding format Flash yang diguna pakai sekarang. Malah YouTube sendiri sedang mencuba penggunaan HTML5 pada laman webnya.

Tahun ini sahaja memperlihatkan persaingan sihat diantara semua pembangun pelayar web, dimana Google telah memperkenalkan Google Chrome 2.0 kepada para pengguna, disamping, kini sedang giat membangunkan Google Chrome 3.0, Microsoft pula memperkenalkan Internet Explorer 8 yang mengubah segala persepsi pengguna terhadap pelayar web Internet Explorer yang sebelum ini, Opera pula sedang giat membangunkan Opera 10 yang bakal dilepaskan tidak lama lagi yang mana membawakan sokongan Opera Turbo dan juga Opera Unite, Apple pula melepaskan Safari 4.0 yang telah dimuat-turun lebih daripada 11 juta kali, dan Mozilla dengan Firefox 3.5.

Via : BetaNews


Firefox 3.7 Mengintegrasikan Fungsi Aero Lebih Mendalam
Terato Tech Melancarkan Aplikasi Forest Fables
Aplikasi Parking Mata Dilancarkan Dalam Bentuk Beta Untuk Pengguna Android
Mozilla Dan Microsoft Menarik Kembali Kepercayaan Yang Dikeluarkan Oleh Semua Sijil Digicert
Antaramuka Firefox UX Memperlihatkan Perubahan - Memfokuskan Lebih Kawalan Kepada Pengguna

12 Komen

  1. mohdisa pada 28 Jun 2009

    wah, pantasnya. semua aku cuba run…tp aku tetap setia pada mozilla…hehe

  2. megat pada 28 Jun 2009

    tak sabar nak tengok performance ‘musang berapi’ yang berapi-rapi nanti. ha3.

  3. Arib pada 28 Jun 2009

    Zaman Mozilla Firefox 2 dulu,
    Aku lebih setia dgn Internet Explorer,
    Time tu aku benci giler dgn firefox nih.
    Dah la slow, loading page lembab.

    Bile Mozilla Firefox 3 dah kluar,
    Aku cuba try balik, fuh, laju giler beb.
    Sejak dari tu aku beralih angin ke firefox nih.
    IE dah jarang gune.

    Firefox 3.5 ni aku cuba sejak Beta 4,
    Memang laju dari firefox 3 yg biase,
    IE8 pun x boleh nak tanding firefox 3.5 nih :D
    Hidup Firefox!

  4. zool pada 28 Jun 2009

    Ini yang tercabar aku nak beli laptop ni…
    takde kene mengena kan..

  5. marzuki pada 29 Jun 2009

    awesome. memang syok ah firefox terbaru ni

  6. fareast pada 29 Jun 2009

    aku pengguna chrome, tapi masih belum banyak add on lagi. harap firefox yg baru akan lebih mantap.

  7. safar pada 29 Jun 2009

    firefox 3.5 tiada tandingan.hebat……….

  8. blowie pada 29 Jun 2009

    waduh waduhhh,aku dah taktau nk pilih browser mana. hahahaha
    google chrome and firefox latest,
    sape lagi pantas?

  9. zulfitry.com pada 30 Jun 2009

    saper nak rasuah ceo dan delevoper ie8 microsoft supaya hentikan jer pembangunan ie tuh?

  10. mrahfa pada 30 Jun 2009

    hmm, menarik, macamana pulak dgn css3? Andaikata-lah FF ada guna webkit sekali, mudah le keje web designer nanti. Ye dak?

  11. miekof pada 30 Jun 2009

    camne yer kalo kita nak cari balik bookmarks webpage dari mozila version lama, bila aku update version baru nie, semua bookmarks aku terus hilang,, adessss, penin den nak mencari, nak igt web2nya memang tak igt laa,,, byk sgt,,hehe

  12. mohdisa pada 01 Jul 2009

    apa2 pun aku tetap menantikan kemunculan version terbaru ini. hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader