Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Laman perkongsian imej terbesar, Flickr kini sudah mula mengintegrasikan fungsi Twitter pada lamannya, yang mana memudahkan para pengguna menangkap gambar menggunakan telefon bimbit mereka, dan seterusnya terus menghantarkannya ke akaun Flickr dan Twitter mereka pada masa yang sama.

Kebenaran Di Minta Untuk Mengintegrasikan Flickr Pada Twitter
Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu mendaftar untuk Flick Twitter Beta, yang mana akan mengintegrasikan akaun Twitter dan Flickr anda menggunakan OAuth. Seterusnya anda akan diberikan alamat emel khas, yang mana seterusnya anda boleh menghantar imej yang ditangkap menggunakan telefon bimbit anda ke alamat emel tersebut. Selepas berjaya menghantar gambar atau imej ke alamat emel tersebut, imej anda akan dipautkan dengan Twitter, menggunakan URL ringkas milik Flickr sendiri (http://flic.kr).
Dengan ini, mungkin TwitPic tidak lagi akan digunakan oleh para peminat Flickr, selain memudahkan para pengguna menghantar imej pada Flickr dan Twitter pada masa yang sama. Mungkin juga YouTube perlu memperkenalkan fungsi yang lebih kurang serupa untuk membolehkan para pengguna berkongsi video YouTube pada Twitter.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah. ini sudah bagus. harapnya ada pula integrasi Youtube dengan Twitter. sekarang ni kena copy and paste. Makin banyak integration sekarang. Bagus2 =D
Lingkuplan twitpic pas ni…eheh
lama tak online semakin byk perkara menarik yg terjadi. semakin mudah dan cepat!
betul tu, byk yang menarik sekarang ini. ades, dah makin ketinggalan aku dibuatnya.