09Jun

iPhone 3GS Lebih Pantas Daripada iPhone 3G

Apple, Gajet

Setelah sekian lama memperkenalkan iPhone 3G, kini Apple telah pun memperkenalkan versi iPhone yang terbaru, yang mana diberi nama iPhone 3GS. “S” pada nama barunya itu membawa maksud “Speed” yang mana menurut Apple, iPhone 3GS lebih pantas membuka aplikasi ataupun membuka laman web berbanding sebelumnya.

iPhone 3GS

iPhone 3GS yang baru ini menggunakan prosessor sedia-bina yang baru, yang mana menurut Apple, ianya membawakan kelajuan melayari laman web yang lebih pantas, selain membolehkan aplikasi digunakan dan dijalankan dalam masa yang lebih singkat berbanding sebelumnya. Selain itu, iPhone 3GS yang terbaru ini juga mengguna-pakai tenaga bateri yang lebih rendah berbanding sebelumnya, sekaligus membolehkan anda dapat menggunakan telefon bimbit pintar anda itu lebih lama.

Selain daripada itu, fungsi kamera juga dinaik-taraf pada iPhone 3GS. Kamera pada iPhone 3GS membawakan resolusi sehingga 3 megapixel, yang mana membolehkan anda auto-fokus, dan menyokong fungsi tag pada video dan gambar. Selain itu, kini sebarang aplikasi boleh diintegrasikan bersama-sama dengan fungsi kamera, menjadikan penggunaan kamera lebih menarik lagi.

iPhone 3GS juga menyokong kelajuan 3G sehingga 7.2 Mbps, dan grafik 3D. iPhone 3GS dijangka bakal berada di pasaran US mulai 19 Jun, dan masih tiada berita berkaitan sama ada iPhone 3GS yang bakal dibawa masuk oleh Maxis ataupun tidak.


Celcom Membawakan Blackberry Bold 9700
(Ura-Ura) Galaxy S3 Dengan Cip Dwi-Teras 1.8GHz Dan Kamera 12 Megapixel?
Tablet Generasi Ketiga Apple - iPad 3 Menuju Ke Bahagian Pengeluaran
Peranti Generasi Baru Yang Bakal Diperkenalkan Oleh Motorola Diperlihatkan
Nokia Komited Untuk Menarik Lebih Ramai Pembangun Perisian Kearah Platform Windows Phone

8 Komen

  1. xun pada 09 Jun 2009

    iPhone makin pantas, duit pun kene tuntas. adoi.

  2. Bird pada 10 Jun 2009

    kat keynote WWDC cakap malaysia dapat iPhone 3GS bulan 7 ni.

  3. Steve Job pada 10 Jun 2009

    wah, apple semakin hari semakin baguslah :)

  4. Roslan Nazri pada 10 Jun 2009

    rugi giler pada org beli version dulu tu..huhu

  5. Ajua pada 10 Jun 2009

    berapalah pulak harganya?

  6. Fahmishah pada 11 Jun 2009

    Jangan’kan iPhone, iPod Touch pun aku takkan beli. Haha. Masih tak boleh menerima sistem skrin sesentuh.

  7. JHafiz pada 18 Jun 2009

    dgr2 dh turun harga kan? yg lame tu RM3** jer.. yang baru plk RM7** je.. tul x? kalau betul la kan, mmg kejutan ni… ramai la bdk2 skolah pkai iphone nnti

  8. rosely pada 09 Oct 2010

    bleh ker iphone 3gs ni wat video call. sblm ni i guna n82…bleh wat video call…tq


Tinggalkan Komen Anda