03Jun

Jenama Live Mula Di Gantikan Dengan Bing

Microsoft

Nampaknya penjenamaan semula Live Search kepada Bing mula berlaku secara sedikit demi sedikit. Kini, anda boleh mengakses ke enjin carian terbaru Microsoft – Bing.com. Projek yang mengguna pakai nama Kumo sebelum ini mula diperkenalkan kepada para pengguna mulai 28 Mei 2009.

Menariknya, bukan sahaja enjin carian Live yang menerima kesannya, malah beberapa aplikasi Live yang turut mula berpindah menggunakan nama Bing pada aplikasi mereka. Pusat Komuniti WebMaster Bing turut diperkenalkan, dan URL lama akan terus dihalakan ke URL terbaru ini.

Selain daripada Microsoft juga telah menjenamakan semula Live Maps mereka kepara Bing Maps. Live Search Club pula dijenamakan semula kepada Club Bing. Pelbagai jenama Live lain juga dijangka bakal dijenamakan semula dan proses penjenamaan semula ini dijangka akan selesai ada 3 Jun 09.


Microsoft Melancarkan Windows Azure
Twitter Memperkenalkan Rekabentuk Laman Baru
Windows 8 Pada Tahun Hadapan?
Demo Aplikasi Twitter Untuk Windows Phone 7
Office Web Apps Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

6 Komen

  1. Syam pada 03 Jun 2009

    Bing.com beta version masih kaput lagi. Search result pun masih tak relevan

  2. loq pada 04 Jun 2009

    wah!nampak menarik
    tapi masih baru lagi

  3. Hanep pada 05 Jun 2009

    ha’ah. baru perasan. macam tak menarik je

  4. Nazif pada 05 Jun 2009

    bing! akan ada orang akan sarkastik dan wat bing jadi bong! aka alat hidu mary jane..ahaks

  5. blacksaga pada 06 Jun 2009

    hoho…tak besh!

  6. hydir pada 06 Jun 2009

    hoho .. bing ke, bong ke
    google search jugak pilihan hatiku :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader