• JomTwit Bakal Di Lancarkan Dalam Masa Terdekat

    Mungkin sudah banyak aplikasi Twitter yang berasaskan web yang terdapat di luar sana. Namun begitu, terkini, JomTwit yang dibangunkan oleh rakyat tempatan akan dilancarkan tidak lama lagi, yang mana membolehkan para pengguna mengikuti perkembangan pengguna Twitter (Twitple) dengan mudah.

    JomTwit - Launching Soon
    Mesej yang dipaparkan pada laman JomTwit

    Malah, menariknya lagi, fungsi kategori juga bakal diintegrasikan kedalam JomTwit untuk memudahkan para pengguna mengikuti perkembangan dan meneroka tulisan di Twitter dengan lebih mudah lagi. Namun begitu, masih tidak diketahui tarikh pelancaran rasmi laman JomTwit ini. Domain JomTwit.com telah didaftarkan pada 15 Jun, dan dua hari lepas, @Iwani telah bertweet mengatakan laman JomTwit bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

16 Komen

  1. EiNS on 22 Jun 2009

    Servis untuk apa, err tak faham?

  2. megat on 22 Jun 2009

    hasil warga tempatan. menarik!

    aku harap aplikasi yg disediakan bakal menggegarkan!

  3. Kreuger on 22 Jun 2009

    wah best… sokong… sokong..
    macam mane rupanye nanti eh?

  4. chokilala on 22 Jun 2009

    err.. servis apa ni? details lagi sikit, boleh x? xfaham T__T

    • aMaNz on 22 Jun 2009

      Aku pun masih samar-samar lagi, tapi kalo ikut idea awal aku, maybe cam laman WeFollow, tapi lagi interaktif, dengan kebolehan untuk lihat artikel ikut kategori.

  5. Mustaffa on 22 Jun 2009

    blur…

  6. loq on 22 Jun 2009

    ade add on untuk firefox ke?

  7. Eriyza on 22 Jun 2009

    Benda nih seumpama TwitterFox ke??
    Tak bape paham.

  8. Nikuve on 22 Jun 2009

    Um.. macam menarik.. kita tunggu dan liat..

  9. ROKOKFOREX on 22 Jun 2009

    dh lebih 7 ari ne..ade perkembangan terbaru ke?

    • aMaNz on 22 Jun 2009

      tue tarikh domain didaftarkan bro. bagi masa sikit. nanti dalam masa terdekat nie, jomtwit akan dilancarkan. huhu.

  10. denaihati on 22 Jun 2009

    menarik ni…

  11. waniee on 23 Jun 2009

    Hi Amanz

    Terutama sekali, terima kasih sangat sangat sebab sudi mereviu JomTwit ^_^

    Secara ringkasnya, apa yang Amanz terangkan kat atas ni dah menepati fungsi asas JomTwit. Komen-komen dari yang lain pun tak lari jauh sangat – kalau nak cerita dengan detail takut panjang sangat, apa kata kita tunggu launch date nanti – 29 June 2009 (Isnin depan) – insyaAllah :D

  12. emily@ on 27 Jan 2010

    ye ye betullah tu.


Trackbacks/Pingbacks

  1. Eksklusif: Previu JomTwit.Com « InfoMalaya dot Com

Tinggalkan Komen Anda