29Jun

Laman JomTwit Di Lancarkan Secara Rasmi

Web 2.0

Ingat tak lagi berkenaan dengan JomTwit yang diperkatakan tempoh hari? Hari ini, secara rasminya, JomTwit telah dilancarkan, namun ianya masih lagi dalam peringkat beta, dan masih terdapat beberapa fungsi yang masih belum diaktifkan lagi. JomTwit secara ringkasnya, membolehkan anda menyusun rakan-rakan Twitter anda mengikut kategori, sekaligus memudahkan anda mengikuti perkembangan mereka.

JomTwit
Antaramuka Laman JomTwit

Buat masa ini, laman JomTwit menyediakan beberapa kategori utama seperti Berita, Hiburan, Teknologi dan sebagainya. Namun, kelak, anda akan dapat membuat kategori anda sendiri, dan juga menambah sesiapa yang anda gemari di Twitter pada JomTwit ini, dan sekaligus memaksimakan penggunaanya. Fungsi-fungsi ini akan mula diintegrasikan dalam masa terdekat ini.

Bersama-sama dengan laman JomTwit, laman utama pembangunnya – Kureno.com juga sama-sama dilancarkan pada hari ini. Kureno kini dianggotai oleh 4 orang, iaitu Iwani, Nadiah, Eizil, dan juga Syakir. Selain JomTwit, beberapa aplikasi web lain yang dirancang untuk pembangunan adalah Roundtabl.es dan juga KurenoUP yang mana kedua-duanya telah tertangguh disebabkan beberapa perkara, dan mungkin akan menemui para pengguna tidak lama lagi.


Domain 1Malaysia.com Ingin Dijual?
Angka Pengguna Groupon Malaysia Melangkaui 500,000 Orang
Facebook Bakal Memperkenalkan Butang Subscribe Untuk Digunakan Pada Laman Ketiga
Dana Belia 1Malaysia Selepas Setahun - Adakah Projek Yang Dihasilkan Berguna Ataupun Sebaliknya?
StartupsDB Menyenaraikan Startup Di Malaysia Dan Juga Luar Negara

15 Komen

  1. Khai pada 29 Jun 2009

    hurm.. interesting…tp aku x berapa selasa gunakan function2 macam tu untuk twitter.. lg senang baca sekali imbas je dekat twitterfox.. sekali harung..

  2. Junaidix pada 29 Jun 2009

    erm.. tu global nyer eh.. personal tak available lagi kan?

  3. emptyspace pada 29 Jun 2009

    aku tak nampak benda ni ada kepentingan, pasti tak tahan lama

  4. waniee pada 29 Jun 2009

    @Khai – tengkiu khai for tha comment.. betul tu, tak sume org akan gune jomtwit sebab ekceli cara ade skang mungkin dah slesa bagi sesetengah org.. kalau khai usha page our story ade sedikit sbanyak story pasal tujuan dan target market untuk jomtwit ni

    @Junaidix – ha ah, personal nye dashboard masih dalam pembangunan

    @emptyspace – tengkiu for ur komen!

    munkin jomtwit masih lagi dalam development peringkat awal untuk dinilai.. but we look forward for ur constructive criticism so we can improve lagi in d future ^_^

  5. kita pada 29 Jun 2009

    maybe aku pun kurang nak follow :)

  6. hydir pada 29 Jun 2009

    MMg bagus tapi kenapa twit ttg sport xde ..
    hoho .. sedihnya :(

  7. waniee pada 29 Jun 2009

    @hydir – jangan sedih2.. kami tengah menambah lagi content2 menarik hehehe.. walaupun dah launch, kami tetap akan upgrade fungsi dan content dari masa ke semasa.. dont stop visiting jomtwit untuk tau updates2.. kalau hydir ade twitter – add twitter.com/jomtwit untuk mengetahu perkembangan baru :D

  8. blowie pada 29 Jun 2009

    boleh retweet tak dari jomtweet?

  9. zulfitry.com pada 30 Jun 2009

    nampak best..tapi adakah hanya terhad kepada akses penyusunan atau arrangement follower sahaja? ada widget tak yang akan dilancarkan untuk benda nih?

  10. waniee pada 30 Jun 2009

    @blowie – yepp salah satu dari feature akan dtg nanti :D

  11. emptyspace pada 30 Jun 2009

    Kalau ada RSS lagi menarik

  12. alone pada 03 Jul 2009

    bagus2. semoga jomtwit ni lebih maju untuk faedah kita masa mendatang =)

  13. mijie pada 24 May 2010

    bro, syakir tu budak upm ker?geng bro ke tu?


Trackbacks/Pingbacks

  1. JomTwit.com & Kureno.com have been launched! : Orang Type Banyak

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader