• MalaysiaKini Menguji Rekabentuk Laman Yang Baru

    Mungkin ramai yang sudah sedia maklum yang mana MalaysiaKini bakal mengubah rekabentuk laman mereka tidak lama lagi, bersempena dengan sambutan ulang-tahun ke-10 mereka. Kini, mereka sudah mula menguji rekabentuk serba baru mereka, yang mana kelihatan bersih dan putih dengan masa loading yang lebih pantas berbanding sebelumnya.

    MalaysiaKini Baru
    Antaramuka Rekabentuk MalaysiaKini Yang Serba Baru

    Artikel yang dahulunya di letakkan di bahagian tengah laman tersebut, kini dianjakkan ke bahagian kiri laman tersebut, sekaligus membolehkan para pengguna melihat artikel terlebih dahulu disamping iklaneka yang disusun kemas di bahagian kanan laman MalaysiaKini. Selain itu, artikel-artikel berkaitan, dan beberapa info tambahan berkenaan laman MalaysiaKini diperlihatkan disebelah kanan artikel. Secara keseluruhannya, rekabentuk baru ini, meminimumkan gangguan iklan kepada pembaca, dan mengetengahkan artikel dengan lebih menarik lagi.

    MalaysiaKini Widget
    Fungsi Widget Pada MalaysiaKini

    Selain daripada itu, kini MalaysiaKini mencuba fungsi widget dibahagian bawah laman tersebut, yang mana memperlihatkan pautan kepada artikel-artikel dari dalam laman tersebut, dan juga dari laman Voize dengan lebih teratur dan menarik lagi. Namun, satu pautan yang hilang adalah pautan Blog, yang mana buat masa ini, ianya memperlihatkan artikel dari blog-blog yang mempunyai kata kunci MalaysiaKini padanya.

    MalaysiaKini Footer
    Beberapa Pautan Baru Yang Di Perkenalkan

    MalaysiaKini juga bakal memperkenalkan fungsi komen pada artikel di lamannya, suatu fungsi yang lama dinanti-nanti oleh para pembacanya. Namun begitu, ianya suatu perkara yang menarik untuk melihat bagaimana tapisan komen akan dilakukan. Berkemungkinan besar anda mungkin perlukan akaun Managed4Me untuk meninggalkan komen.

    MalaysiaKini bakal menyambut ulang-tahunnya yang ke-sepuluh pada bulan Oktober ini.

    Terima Kasih Kepada ZulHelmy. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus.

4 Komen

  1. catzer on 01 Jul 2009

    Yup..patut2 kena ubah dah tu conversion rate dah kureng :P

  2. safar on 01 Jul 2009

    berubah menjadi yang baru.

  3. xflixz on 01 Jul 2009

    Rekabentuk Baru Malaysiakini.Totally bad.

    p/s:Sorry,i have to say.nothing impress user.

  4. mohdisa on 04 Jul 2009

    huh, aku jarang masuk malaysiakini. tak tahu kenapa. hehe


Tinggalkan Komen Anda