16Jun

Opera Unite – Pelayar Web Kini Adalah Server

Perisian

Ingat lagi dengan pengumuman Opera yang mana mengatakan mereka bakal merevolusikan web tempoh hari? Seperti dijanjikan, hari ini, Opera memperkenalkan Opera Unite, yang mana melaluinya anda boleh mengubah pelayar web Opera anda menjadi sebuah server dengan mudah sekali.

Melalui Opera Unite, anda boleh berkongsi fail, imej, media, malah bersembang dengan rakan anda dengan mudah sekali. Berbeza dengan servis perkongsian sedia ada di web, melalui Opera Unite, anda tidak perlu membazir masa dengan memuat-naik fail anda, sebaliknya anda boleh mengubah komputer anda menjadi pelayan web, dimana rakan anda boleh memuat-turun terus dari komputer anda dengan mudah.

Opera Unite - Launge
Fungsi Chatting Melalui Opera Unite

Menariknya adalah anda boleh berkongsi fail dengan rakan-rakan anda tidak kira mereka menggunakan pelayar web apa pun. Malah pelayar web mudah alih juga turut disokong oleh Opera Unite. Untuk mula menggunakan Opera Unite, anda boleh memuat-turun versi alpha-nya dan mencubanya terlebih dahulu. Tutorial ringkas turut disediakan oleh pihak Opera.


Camino 2.0 Beta Pertama Di Lancar Oleh Mozilla
Pembangunan Pelayar Chromium Mencecah Versi 4.0
Google Memperkenalkan Aplikasi Movie Studio Untuk Honeycomb
Skrin Utama Seumpama Windows 8 Untuk Pelayar Web Diperkenalkan
Firefox 8 Bakal Dilancarkan Secara Rasminya Pada Hari Selasa Ini

11 Komen

  1. mohdisa pada 16 Jun 2009

    aku tak pakai opera lagi…hurm…

  2. xun pada 16 Jun 2009

    huhu. itu la, dah tengok2 tadi. hehe. kalau ada masa, mungkin akan cuba. hahaha.

    boleh share assignments. hahaha.

  3. Kreuger pada 16 Jun 2009

    salam bro… ni info
    betoi betoi manfaat… pergh… web browser
    bleh transform jadi web server… gile ah~

    thanks beb

  4. kita pada 17 Jun 2009

    fuhhh…canggih…ni mesti try nampak gaya

  5. kataks pada 17 Jun 2009

    buat masa ni, firefox tetap terbaik.huhuhu

  6. F4124L pada 18 Jun 2009

    SAYA PENGGUNA SETIA OPERA! OPERA MEMANG BEST.. RUGI TAK CUBA!!! SMOOTT…zzz boleh tidoo. woo..

    firefox pun best jugak.. dua2 aku pakai sekali woo..

  7. izzat pada 18 Jun 2009

    idea ni best, tapi mungkin akan ada isu dengan sekuriti. Tapi memang best la buat camni, mesti file sharing lagi laju…hohoho..

    opera dan chrome..2 browser ni ak guna skrang, firefox hold dulu…huhu, last time guna asyik crash je…

  8. Beyta pada 19 Jun 2009

    info yang berguna.. mekasih kerana berkongsi… aku nak test gak lah gune opera… dulu aku gune, pastu cam tak best aku buang lah…

  9. Adila pada 19 Jun 2009

    wahhh!! thanks for the info! :D

  10. zool pada 19 Jun 2009

    Dah lama aku tak tengok opera ni.. Kena tunggu komputer sihat ni

  11. myadlan pada 09 Sep 2009

    aku ske opera 10 sebab ada thumbnail kat tab. lepas besarkan baru nampak. best2!


Tinggalkan Komen Anda