25Jun

Penggunaan Rekabentuk Kotak DVD Win 7 Kini Rasmi

Microsoft

Sama seperti sistem operasi Windows yang baru, rekabentuk kotak dan produknya juga sama-sama mengalami evolusi. Hari ini, pihak pembangun Windows 7 secara rasminya memperlihatkan rekabentuk produk mereka yang mana bakal dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober, dan boleh dimiliki mulai 23 Oktober 2009 ini.

Rekabentuk Pakej Windows 7
Rekabentuk Pakej DVD Windows 7

Walaupun rekabentuk produk mereka masih menyerupai rekabentuk Windows Vista, ianya telah mengalami perubahan dari beberapa segi. Menurut Microsoft, kini, ianya lebih ringan, iaitu lebih 37% ringan berbanding Windows Vista, selain menggunakan plastk yang lebih mesra alam dan boleh dikitar semula dalam produknya.

DVD Windows 7
Pakej DVD Windows 7

Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan Windows 7 bakal mengguna-pakai logo baru seperti yang diperlihatkan oleh Microsoft China. Tetapi kini ternyata ianya tidak.

Windows 7 bakal dilepaskan secara rasminya pada 22 Oktober 2009 yang mana membawakan perubahan drastik sejak Windows Vista. Bagi yang ingin mencuba terlebih dahulu bagaimana sistem operasi Windows yang seterusnya ini akan kelihatan, anda boleh memuat-turun dan mencuba Windows 7 RC secara percuma.


Microsoft Memberikan Hadiah Kepada Pengguna Enjin Cariannya
Muat-Turun Windows 7 Secara Halal
Video UI Internet Explorer 9 Mula Tersebar
Windows 8 Akan Menyokong Cip ARM
Microsoft Bakal Melancarkan Avatar Kinect Dalam Beberapa Minggu Lagi

15 Komen

  1. aidilx pada 25 Jun 2009

    kat mana leh download window 7 ni secara percuma?

  2. Azah pada 25 Jun 2009

    best x pkai Win 7? mane lg best ngan visat?
    huhu…
    sorry aman lama x singgah..
    jd silent reader je selama ni..

    • aMaNz pada 25 Jun 2009

      Windows 7 lagi best. Vista berat. Huhu.

      • Azah pada 26 Jun 2009

        ye ek?
        aiseh… kena cuba nmpak gaya nye..

  3. Lanun pada 26 Jun 2009

    aku folow je win 7 ni..huhuhu sampai la skrang ni build 7260..tp x sabo tngu yg final kuar..emmm

  4. mohdisa pada 27 Jun 2009

    bestlah, tak sabar nak pakai yang ori nyer. hehe, maklum la. asyik pakai pirate nyer jerk. dah bosan…ups…jgn pihak microsoft detect aku sudah…hehe

  5. MonsterBuzz pada 27 Jun 2009

    sekali pandang macam vista. baguslah kotaknya pun ringan macam isinya!

    rasanya ramai pengguna Vista yang akan beralih ke Windows 7 sebab lebih ringan. Yeha!

  6. loq pada 27 Jun 2009

    gune XP je..haha

  7. zara aluwi pada 27 Jun 2009

    Baru nak pandai skit Vista dah nak keluar Windows 7 pulak? Alahai… ketinggalan ler nampak nyer.

    • mohdisa pada 28 Jun 2009

      takda hal lah zara, windows 7 lagi best dari vista. hehe

  8. Arib pada 28 Jun 2009

    22 Oktober 2009!
    Mari kita upgrade Windows 7 beramai-ramai!
    Dapatkan yang Original :D

  9. Adha pada 29 Jun 2009

    hehe, beli kat lowyart. CD pirate dah jual… aku beli, install, ok jer. activekan kat laman web microsoft…

    • aMaNz pada 29 Jun 2009

      Yang hang beli tue, Windows 7 RC, yang mana Microsoft bagi secara FREE. Huhu.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader