15Jun

Pra-Lihat Fungsi About:Me Pada Firefox.Next (FF 3.6)

Sumber Terbuka

Walaupun Firefox 3.5 masih lagi belum mencapai versi akhir yang stabil, pihak Mozilla sudah pun merancang dan mula membangunkan beberapa fungsi baru untuk Firefox versi seterusnya, Firefox 3.6 yang mana dirujuk sebagai Firefox.NEXT buat masa ini. Salah satu fungsi barunya – about:me membolehkan anda melihat kelakuan pelayaran web anda, termasuk web yang sering dikunjungi,serta web yang dikunjungi pada sesuatu waktu dan masa.

about:me
Contoh Fungsi about:me Pada Firefox.Next Kelak

Menariknya, anda boleh merasai fungsi baru ini dengan memasang add-on khas untuk Firefox yang mana memperlihatkan beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan pelayaran web anda.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelayaran sesuatu laman web itu dengan klik pada grafnya. Untuk mencubanya, anda hanya perlu memasang add-on about:me, dan seterusnya menaip about:me pada ruangan alamat di pelayar web Firefox anda, dan klik pada “Go”. Fungsi ini bakal diintegrasikan ke dalam Firefox versi seterusnya tanpa keperluan untuk memasang sebarang add-on, sekaligus memudahkan anda memantu dan melihat cara dan apa yang anda layari ketika dalam talian.

Kredit : MozillaLinks


Firefox 3.1 Beta 1 Lebih Pantas Dari Chrome
85% Pengguna Firefox 4 Memasang Add-On Pada Pelayar Web
Aplikasi Untuk Pembangun Web Pada Firefox 10 Dipertontonkan
Personas Kini Dikenali Sebagai Themes - Dipindahkan Ke Halaman Mozilla Add-On
Pemain Media Miro 5.0 Dilancarkan Untuk Mac, Windows Dan Linux

7 Komen

  1. denaihati pada 15 Jun 2009

    2-3 hari ni aku memang problem dengan firefox…cuba 3.5 pun problem…guna crome baru ok.

  2. Joe pada 15 Jun 2009

    kalau kita clear resent history dia keluar tak statistik…

    • aMaNz pada 15 Jun 2009

      Hmm. Tak try lak lagi. Sayang aku nak clear histort. Ehe. Erm. Kalo hang try, bagitau kat aku. Huhu.

      • Joe pada 16 Jun 2009

        i pun sayang nak buang history… bior je dulu…

  3. xflixz pada 15 Jun 2009

    hmm..nice..tapi entah kenapa kelajuan chrome sejak versi baru ni membuat aku jatuh chenta sana chrome.haha. =)

  4. Akmal Hisyam pada 16 Jun 2009

    wow..
    menarik, tapi ntah kenapa addon ni takleh install kat FF aku..
    hmm..

  5. kaizer pada 22 Jul 2009

    dia x support ff 3.0 la.nak juga install gak dlm ff aku ni.boleh force x compability dia.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader