Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ramai yang mengguna pakai TwitterFeed untuk menyertakan RSS mereka ke dalam akaun Twitter dengan mudah, dimana setiap kali blog dikemaskini, tajuk artikel tersebut dengan pautan ke artikel tersebut akan dipaparkan di halaman Twitter pengguna tersebut. Kini, TwitterFeed memperkenalkan rekabentuk baru berserta dengan paparan statistik bilangan klik ke sesuatu artikel.

Melalui rekabentuk yang serba baru, TwitterFeed juga membawakan cara log masuk yang baru. Sekiranya sebelum ini TwitterFeed mengguna pakai sistem OpenID, kini anda juga boleh log masuk menggunakan akaun Google, Yahoo! dan juga AOL. Menariknya, melalui TwitterFeed versi baru ini, anda juga boleh melihat statistik klik yang dijana oleh melalui perkongsian URL di Twitter. Perkara ini dijayakan dengan penggunaan bit.ly. Sekiranya anda menetapkan servis lain untuk memendekkan URL anda, anda tidak akan dapat melihat statistik klik tersebut, kerana statistik tersebut bergantung kepada sistem daripada bit.ly.
Sekiranya anda baru dalam penggunaan TwitterFeed, anda boleh mengikuti tutorial ringkas yang disediakan oleh Eriyza dalam pengintegrasian blog anda dengan Twitter melalui TwitterFeed.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
cool! lagi mudah la bila guna twitterfeed ni.
statistik klik tu memang dinanti-nantikan
Makin best twitterfeed ni.
ps : Mekaseh tuk link ke blog cheq.
Sebelum lawati amanz.my baru ternampak twitter link tadi. Masih blur2 lg apa gunanya twitter RSS feed ni. Nak guna mcmana pun belum cuba lagi..hehe
Semakin canggih teknologi mereka. Kita tak sempat nak kejar.
Memang patut pakai kalau tak aktif bertweet. Xde la akaun twitter jadi lengang. Tolak feed ke twitter, boleh tarik trafik twitter ke blog.
Amanz bagaimana cara edit twitterfeed..? Saiaa coba masuk dgn akun google & OpenID belum berhasil makasih