12Jun

Upin dan Ipin : Angkasa Bakal Babitkan Kos RM6 Juta

Lain-lain

Seperti yang sedia maklum sebelum ini, Upin dan Ipin : Angkasa bakal membawakan watak adik-beradik kembar yang diminati ramai, Upin dan Ipin sebagai teraju utama dalam misi mengembara dan meneroka ruang angkasa lepas dengan pelbagai pengalaman menarik termasuk bertemu makhluk asing.

Filem animasi 3D selama 90 minit yang mana dijangka bakal ditayangkan pada 2011 ini bakal membabitkan bajet yang lebih berbanding filem Geng : Pengembaraan Bermula, iaitu sebanyak RM6 Juta. Les’ Copaque bakal melabur semula keuntungan hasil kutipan dari filem Geng : Pengembaraan Bermula, selain berbincang dengan beberapa pihak seperti TM dan Mimos Berhad untuk menaja sebahagian kos filem dan membantu dari segi teknologi.

Upin dan Ipin : Angkasa
Teaser Upin dan Ipin : Angkasa

Dengan kejayaan filem animasi 3D Geng : Pengembaraan Bermula, Les’ Copaque telah membuka mata pelbagai pihak, dan filem Upin dan Ipin : Angkasa yang bakal ditayangkan pada 2011 kelak, dijangka akan memperlihatkan hasil animasi yang lebih baik daripada Geng : Pengembaraan Bermula, sekaligus menaikkan lagi martabat industri animasi 3D tanah air di persada antarabangsa.


122 Kediaman Di Uji Dengan Internet Berkelajuan 15Mbps
Nokia Mencipta Rekod Dunia Untuk Paling Ramai Bermain Permainan Mudah-Alih Secara Berganti
Rekaan Shafawi Dipilih Untuk Baju-T Eksklusif Amanz
New Straits Time Akan Ditawarkan Dalam Bentuk 3D
Sony Ericsson Mendahului Di Malaysia - BlackBerry Dan Apple Mempunyai Pegangan Pasaran Yang Sama

6 Komen

  1. Junaidix pada 12 Jun 2009

    harap2 jalan cerita lebih best.. hehe

  2. alone pada 13 Jun 2009

    menarik! baguslah upin & ipin ni mampu untuk kembangkan lagi industri animasi Malaysia =D

  3. ADNAN pada 13 Jun 2009

    Tahniah pada les copaque kerana mendahului animasi melayu sekarang. Apa yang saya nampak idea anda semua begitu kritis dalam menyorot kisah reality seharian didalam penerbitan geng dan siri. Saya juga berbangga kerana telah muncul sebutir bintang mirip T.S P.Ramlee.

  4. Nabil pada 18 Sep 2009

    Npe,..ipin bgusnya haha!!! dn

  5. aiman chunk ashraf pada 13 Dec 2009

    x sbr2 nk tengok citer upin ipin…….

  6. antung pada 14 Jul 2010

    iklannya keren ,,,, gg sabar mau nnton filemx,,,,upin-ipin angkasa,,,dari antung (indonesia)


Tinggalkan Komen Anda