15Jun

Windows 7 Beta Menghampiri Tarikh Tamat Tempoh

Microsoft

Sudahkah anda mengemaskini Windows 7 Beta anda kepada Windows 7 RC? Fasa pertama pengakhiran Windows 7 Beta akan bermula dalam beberapa minggu sahaja lagi, iaitu mulai 1 Julai 2009. Komputer yang menggunakan Windows 7 Beta telah disetkan untuk mula restart setiap 2 jam mulai 1 Julai ini.

Secara rasminya, Windows 7 Beta akan tamat tempoh pada 1 Ogos 2009, dan para pengguna diingatkan untuk mengemaskini pemasangan mereka kepada versi RC. Sama seperti Windows 7 Beta, Windows 7 RC juga diberikan secara percuma oleh Microsoft untuk diuji oleh para pengguna terlebih dahulu sebelum membeli sistem operasi Windows 7 lengkap mulai hujung Oktober ini.

Microsoft mula memberikan Windows 7 Beta secara percuma kepada para pengguna pada awal bulan Januari 2009, dan pada bulan Mei 2009, Microsoft mula memberikan Windows 7 RC pula secara percuma untuk diuji oleh para pengguna. Windows 7 RTM dijangka akan dilepaskan pada pertengahan bulan Julai, selain versi penuh Windows 7 bakal menemui para pengguna pada 22 Oktober 2009.


Favicon Bing Mula Kelihatan
Microsoft Melepaskan Kemaskini "NoDo" Untuk Windows Phone
Perbandingan HTML5 Pada Mango Dengan Platform Mudah-Alih Lain Diperlihatkan
Pelancaran Skype Untuk Windows Phone Semakin Hampir?
Keputusan Peraduan Microsoft Pin & Menangi ASUS Zenbook

5 Komen

  1. mohdisa pada 16 Jun 2009

    skg ni aku tgh test RC pada laptop adik aku, macam takda masalah. adakah ia akan jadi macam beta juga apabila keluar Windows 7 yang sebenar oktober ini?

    • aMaNz pada 17 Jun 2009

      Sama gak cam versi beta nie. tapi bukan pada bulan oktober nie. RC tahan sampai tahun depan. Ehe.

      • mohdisa pada 17 Jun 2009

        yeke? ades…kena wat persediaan ni. kos aku installkan RC untuk adik aku…haha

        • aMaNz pada 17 Jun 2009

          tapi tak perlu risau sgt. coz, nanti hang leh upgrade win 7 rc jadi full guna dvd windows 7 versi full nanti. =D

          • mohdisa pada 17 Jun 2009

            yeke? so tak kisah la yerk. fuh selamat aku…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader