21Jun

Windows 7 Build 7262 Menghampiri Versi RTM

Microsoft

Pembangunan Windows 7 kini mula berevolusi dengan amat pantas sekali, dimana versi pembangunan baru dikeluarkan hampir tiga hari sekali. Versi pembangunan terkini ialah Windows 7 Build 7262. Selepas Windows 7 RC yang dikeluarkan awal Mei lalu, kini pembangunan ditumpukan untuk versi RTM, sebelum versi penuh dikeluarkan pada 22 Oktober kelak.

Windows 7
Wallpaper Desktop Yang Baru Pada Windows 7

Laman Wzor mengatakan bahawa Build 7262 (.1.7262.0.win7_rtm.090617 -1900) berkemungkinan besar adalah Windows 7 RTM (Release-To-Manufacturer). Walaubagaimanapun, tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Microsoft buat masa ini. Melalui data yang dapat dilihat daripada Build 7262, ia menunjukkan bahawa versi tersebut telah dihimpunkan pada 17 Jun 2009, tiga hari sebelum ini. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang perubahan drastik atau fungsi baru yang diperkenalkan pada versi ini, selain daripada wallpaper desktop yang serba baru.


Kemaskini XP dan Vista Kepada Windows 7
Tutup dan Buka Fungsi Pada Windows 7 Dengan Mudah
Projek Emel 1Malaysia Menggunakan Domain MyEmail.my Dan Perkhidmatan Windows Live
Aplikasi Moorea Daripada Office 15 Diperlihatkan Dalam Video
Office 15 Memulakan Ujian Technical Preview - Versi Beta Terbuka Bakal Menyusul

6 Komen

  1. xflixz pada 21 Jun 2009

    wow…perkembangan yang bagus..tak sabar nk tunggu release..

  2. megat pada 21 Jun 2009

    nampaknya semakin menarik proses mengeluarkan produk baru mereka (microsoft)!

    aku harap win 7 benar-benar memikat hati pengguna.

  3. kaizer pada 22 Jun 2009

    Aku x harap window 7 ni yg terbaik.selepas 1 bln mungkin ada bug dia mula kelihantan.Dah la kena beli lesen dia.

  4. mohdisa pada 24 Jun 2009

    aku harap win7 ini benar2 memikat hati aku, aku skg sibuk mencuba win7 rc kat laptop adik aku. huhu

  5. Anarm pada 25 Jun 2009

    aku berpuas hati dengan performance windows 7 RC.. x sabar nk angkat yg full punye.. beli ori pn komfem tak menyesal.. siyes.. \(-_-)/

  6. bill telepon pada 20 Jul 2009

    windows 7 bagus…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader