07Jun

WordPress 2.8 Bakal DiLepaskan Pada 10 Jun

Sumber Terbuka, Web 2.0

Versi terbaru WordPress, iaitu WordPress 2.8 dijangka akan dilepaskan dalam masa terdekat ini, atau lebih tepat lagi pada 10 Jun 2009. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, pelbagai perkara baru akan diperkenalkan dan diperbaiki dalam WordPress 2.8, termasuk fungsi baru yang dinanti, iaitu fungsi memasang tema melalui dashboard.

Sebelum ini, pihak pembangun WordPress sudah pun membolehkan para pengguna memasang plugin dari antaramuka dashboard pada WordPress 2.7, dan kini dengan kebolehan untuk memasang tema, ianya amat dinanti oleh para pengguna. Selain daripada itu, para pengguna juga kini boleh mengubahsuai dan mendapat lebih kawalan keatas widget Dashboard mereka, dan halaman lain di kawasan pentadbir. Cara komen diuruskan juga diubah pada WordPress 2.8 dimana para pentadbir boleh melihat komen ketika mengubahsuai sesuatu artikel.

Selain daripada itu, pembangun WordPress juga sudah mengumumkan rancangan untuk versi WordPress seterusnya, dimana WordPress MU dijangka akan diintegrasikan bersama versi WordPress biasa, sekaligus memudahkan kedua-dua platform dibangunkan dan menyokong pelbagai plugin dan tema sedia ada. Buat masa ini, perbezaan antara WordPress MU dan WordPress biasa adalah amat minimum, dan ianya dijangka kedua-dua bakal diintegrasikan tanpa sebarang masalah.


Camino 2.0 Beta Pertama Di Lancar Oleh Mozilla
Topik Terhangat Twitter Mengikut Lokasi Kelihatan Menarik
GroupsMore Pernah Cuba Mensasarkan Golongan Pelajar
TableFour.us Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Kini Anda Boleh Menyemak Domain .my Melalui SMS

7 Komen

  1. KAIZER pada 07 Jun 2009

    wah ini yang aku tunggu-tunggu ni.boleh install thema kat dahsboad je.tq bagi info

  2. Anarm pada 07 Jun 2009

    yess.. akhirnyaa.. huhuu.. tak sabar nk pasang

  3. blowie pada 08 Jun 2009

    WordPress MU? ape beza nye? bgtau sket ;p

    • aMaNz pada 08 Jun 2009

      WordPress MU = WordPress Multi-User, membolehkan anda memasang lebih dari satu blog menggunakan subdomain, dan hanya bergantung kepada satu database saja. Memberikan para pengguna ruang untuk menulis blog pada subdomain. Contoh = WordPress.com. =D

  4. brooks pada 09 Jun 2009

    “dilepaskan” bagi maksud “release” untuk perisian, agak tak sesuai. guna “dikeluarkan”. lain la kalau dilepaskan dari tahanan ;)
    atau boleh guna dilancarkan, kalau ianya “launch”

    cheers.

  5. alone pada 09 Jun 2009

    wahaha. ada multiuser =D

  6. mohdisa pada 10 Jun 2009

    nak kuar dah yerk…boleh la aku beli hosting lepas ni…hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader