Cari @ Amanz

Versi terbaru WordPress, iaitu WordPress 2.8 dijangka akan dilepaskan dalam masa terdekat ini, atau lebih tepat lagi pada 10 Jun 2009. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, pelbagai perkara baru akan diperkenalkan dan diperbaiki dalam WordPress 2.8, termasuk fungsi baru yang dinanti, iaitu fungsi memasang tema melalui dashboard.

Sebelum ini, pihak pembangun WordPress sudah pun membolehkan para pengguna memasang plugin dari antaramuka dashboard pada WordPress 2.7, dan kini dengan kebolehan untuk memasang tema, ianya amat dinanti oleh para pengguna. Selain daripada itu, para pengguna juga kini boleh mengubahsuai dan mendapat lebih kawalan keatas widget Dashboard mereka, dan halaman lain di kawasan pentadbir. Cara komen diuruskan juga diubah pada WordPress 2.8 dimana para pentadbir boleh melihat komen ketika mengubahsuai sesuatu artikel.

Selain daripada itu, pembangun WordPress juga sudah mengumumkan rancangan untuk versi WordPress seterusnya, dimana WordPress MU dijangka akan diintegrasikan bersama versi WordPress biasa, sekaligus memudahkan kedua-dua platform dibangunkan dan menyokong pelbagai plugin dan tema sedia ada. Buat masa ini, perbezaan antara WordPress MU dan WordPress biasa adalah amat minimum, dan ianya dijangka kedua-dua bakal diintegrasikan tanpa sebarang masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd