26Jul

Adakah Docs Adalah GDrive Yang Di Perkatakan?

Google

Setelah lama tidak kedengaran berita berkenaan dengan Google Drive atau GDrive, kini setelah pengumuman Google Chrome OS, berita tersebut mula kedengaran kembali. Beberapa petanda awal juga mula kelihatan pada Google Docs.

Google Docs
Pautan *PDF Yang Kini Di Labelkan Files [via]

Minggu lepas, Google telah memperkenalkan beberapa perkara di Google Docs, yang mana ianya mungkin akan membawa perubahan besar kepada para penggunanya. Sebelum ini, Docs menyokong empat jenis dokument iaitu Dokumen (atau lebih dikenali sebagai fail *doc dikalangan pengguna, walaupun ianya menyokong lebih daripada itu), Spreadsheets, Presentation dan PDF.

Walaubagaimanapun, melalui perubahan terkini, mereka telah mengubah PDF kepada Files, yang mana menyokong beberapa jenis fail untuk dimuat-naik kedalamnya. Selain itu, dua ikon baru juga kelihatan pada kod Docs, yang mana salah satunya adalah ikon Chrome, yang mana memperlihatkan integrasi Chrome OS dengan Docs. Dan satu lagi ikon adalah ikon YouTube, yang mana mungkin akan terdapat integrasi YouTube ke dalam Docs.

Buat masa ini, Google memberikan pengguna ruangan sehingga 1 GB untuk storan gambar di Picasa, dan ruangan emel sehingga 7.5 GB melalui GMail. YouTube pula memberikan ruangan tanpa had kepada para penggunanya, membolehkan pengguna berkongsi video dengan had 10 minit bersama pengguna lain.

Via : Google Operating System


Kod Sumber Android Menemui Pembangun
Chromium 9 Dilepaskan - Chrome 9 Akan Datang
Pra-Lihat Android 3.0 Honeycomb
Adakah Pautan Jemputan Google+ Dihalang Pada Facebook?
#Tips : Buat Salinan Data Dan Dokumen Anda Di Google Melalui Takeout

8 Komen

  1. Anarm pada 27 Jul 2009

    aku smpai skrg xtau google docs tu utk ape..
    die macam file hosting ke? jakun btol aku nih

    • aman pada 27 Jul 2009

      dia lebih kurang cam Zoho Docs. Bagi hang upload dokumen, editing, ngan share. Lebih kurang cam Office, tapi versi online. Huhu.

  2. blowie pada 27 Jul 2009

    btw,aku pernah tgk video panjang dari 10 minit kat youtube. cmne diaorg buat ar?

  3. catzer pada 27 Jul 2009

    Untuk doc tertentu aku mmg suke save di google doc..sbb bile aku lupe bawak pendrive pi jerk kat cc download file tu.superb..

  4. stammofa pada 27 Jul 2009

    kalo tak silap aku, Youtube limitkan pjg video 10 minit jer atau saiz 2GB jer utk diupload.. jadi takde masalah utk video pjg, tapi saiz tak lebih 2GB.. aku rase la..

  5. XploR pada 27 Jul 2009

    Salam,

    Aku tak penah guna pun google doc ni. Yg aku tahu kadang2 tu byk gak result kat first page google. kuat seo kot. huhu.

    Aku hmpir2 terlupa aku byk baca psl teknologi kat blog ni. Tq sbb ko komen kat blog aku. jd sbb aku ni suka teknologi jd aku add blog ni kat main page blog aku. :)

  6. mohdisa pada 28 Jul 2009

    wah…cam best jerk…dah dipasarkan ke?

  7. hydir pada 29 Jul 2009

    mari kita guna ramai2
    kalo betul apa yg di katakan .. mmg bagus utk kita sharing n updating docs :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader