07Jul

Bing Mengintegrasikan Carian Masa Nyata Dari Twitter

Microsoft

Sejak Bing.com dilancarkan sebagai ganti kepada Windows Live Search, ianya mendapat perhatian ramai pengguna, dan ramai yang mula menyukai penggunaan enjin carian Bing sebagai ganti kepada Google. Terkini, Bing mula mengintegrasikan carian masa nyata daripada Twitter, sekaligus menjadikannya lebih interaktif berbanding enjin carian yang lain.

Twitter dan Bing
Pengintegrasian Twitter Ke Dalam Bing

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam fasa pembangunan dan bukan semua tweet yang telah diindex oleh Bing. Buat masa ini, beberapa tweet daripada orang ternama sahaja yang diindex oleh Bing. Buat masa ini, Microsoft masih belum membuat sebarang perjanjian dengan Twitter, dan mengintegrasikan hasil carian daripada Twitter melalui penggunaan API Twitter.

Ini, sekaligus menjadikan Bing sebagai enjin carian pertama yang mengintegrasikan carian masa nyata dari Twitter ke dalam hasil cariannya. Anda juga boleh memperlihatkan hasil carian daripada Twitter di Google dengan penggunaan addon khas Firefox.


Pelancaran Visual Studio 2010 pada 12 April
Google Mengumumkan Carian Suara Untuk Para Pengguna Desktop
Office 365 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
Twitter Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pengguna Aktif Seluruh Dunia
Microsoft Malaysia Menyambut Ulang-Tahun Ke-15 Hotmail

3 Komen

  1. denaihati pada 07 Jul 2009

    ini satu perkembangan yang menarik..aku memang pengikut twitter

  2. alone pada 07 Jul 2009

    bing dah semakin membangun sekarang. baguslah. satu perkembangan yang bagus untuk twitterer!

  3. mohdisa pada 08 Jul 2009

    support twitterer!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader