Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Pada masa kini, fenomena pengiklanan melalui Twitter sedang kian meningkat naik. Syarikat seperti Be-A-Magpie, RevTweet dan banyak lagi sudah dikenali hampir semua pengguna Twitter. Terkini, media pengiklanan di Twitter, ChurpChurp dilancarkan. Menariknya, ia adalah salah satu anak syarikat Nuffnang.

Antaramuka Laman ChurpChurp
Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi pada halaman web mereka, ChurpChurp berkongsi pelayan (server) bersama-sama dengan Nuffnang, selain didaftarkan diatas nama syarikat Nuffnang. Mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa Nuffnang menghadapi masalah untuk diakses pada malam semalam oleh segelintir pengguna.
Sama seperti media pengiklanan yang lain, ChurpChurp menemukan para penulis Twitter dengan pengiklan. Para penulis Twitter boleh menjana wang sampingan dengan menyertai ChurpChurp, dan para pengiklan pula boleh menghantar mesej kepada para pengguna Twitter dengan mudah dan mengikut faktor geografi. Mungkin syarikat pengiklanan Twitter yang lain tidak menyediakan faktor geografi kepada para pengiklan, dan disinilah ChurpChurp membawakan perbezaan.
Buat masa ini, ianya masih lagi diperingkat Beta, dan mungkin terdapat serba-sedikit masalah yang masih belum dikenal pasti. Ianya juga masih kurang pasti khidmat peringkas URL apakah yang bakal digunakan oleh mereka kelak untuk menyertakan URL dalam iklan Tweet mereka.
21 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
mcm mne nak gunakan benda nih..tak paham la..
mcm ak takde blog boleh pakai ke?
boleh jer. janji ada akaun Twitter. Huhu.
wah semakin menarik lah camni, camnilah!!
aku dah kata dah nuffnang memang gempak! ha3
aku x paham lah ni bende ape..
huhuu.. kuno btol aku ni..
fuyoo.. nak register lah satu.. hehe
terbaik.. ok la dari magpie tu.. iklan semua merapu je… hehehe… bila ada yg dari asia ni, baru la org tak menyampah sgt kot kuar iklan kat twitter pon kan? hehehe..
peh bagus ler nuffnang nie…
tapi harap2 nuffnang tukarkan ler ke server lain, jgn ler share dgn server nuffnang coz iklan dr nuffnang kadang2 menyebabkan blog member nuffnang jd berat…
kalau asing baru ler tak makin berat…
nak kena cuba try test nie…
Berita baik untuk Twitters ni
Mari sertai…
caiyalah nuffnang.. mesti ado ilmu ghaib nak dibuat. hehe!
bagi tabik sikit dekat nuffnang.
wahh…leh dapat dari nuffnang lagi la ni yerk…haha…best2
hehehe boleh test ni…
Aku dh register..tp tkde ape yg berlaku pun? hmmm, hairan hamba.
Entahlah aku sebenar kecik ati ngan nuffnang ni…
bulan ni tak berpa nak masuk..huhuhuhu
oh ini ke punca nye…
jadinye aku tak sewel kan malam tuh.
terkejut berok ma…
P/S:- thanks for the backlink d[^_^]b
Peluang jgn dilepaskan, walau x tau lg cam ne iklan dia akn kluar.
macamana nak compose ads yang dia bagi tu ye?.. peninglah…
dh register lme dh tp blur cmne nk truskan step strusnya cmne..huhu
saya baru twitter 2 ads dah dapat rm93.30 , mmm nampak menarik jika ada 20 tweet
sangat menarik!!… aried dah cuba!! Memang berbaloi dan sebenarnya ada cara khas untuk tingkatkan earning chuprchurp ini!!