Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sempena dengan sambutan Bulan ICT Negara dan Hari Kebangsaan yang bakal menjelang tiba, DomainRegistry (yang dahulunya dikenali sebagai MyNIC) mengadakan potongan 50% keatas semua harga domain .MY. Anda kini boleh mendapatkan nama domain .MY kesukaan anda serendah RM16 sahaja.
Promosi ini yang diadakan buat julung kalinya bakal tamat pada 4 September 2009, dan melibatkan semua kategori domain .MY. Menariknya, nama domain yang bakal tamat tempoh juga boleh menikmati harga istimewa ini. Harga domain .MY tahap kedua. yang selalu dijual pada harga RM120, kini diberi potongan 50% menjadikannya berharga RM60 sahaja. Selain itu, domain-domain utama lain seperti .com.my, .net.my, .org.my dan sebagainya yang selalunya dijual pada harga RM80, kini dijual pada harga hanya RM40 sahaja. Menariknya, nama domain .name.my yang selalunya dijual pada harga lingkungan RM32, kini dijual hanya pada harga RM16 sahaja.
Dengan ini juga, DomainRegistry membolehkan setiap pengguna internet Malaysia memiliki identiti mereka di internet pada harga yang amat mura sekali. Promosi berjalan dari 20 Julai hingga 4 September 2009.
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
fuyooo.. aku berminat utk 2tld .MY, tapi promosi ni utk first buy jer kan? kalo renew next year, so kena la byr full semula eh? huhu..
huhu.. i already purchase this mynic domain. Kalau renew same takpe juge..
kalo beli domain.my skrg RM16, nak renew domain nanti pon harga yg same gak ke?
promosi ni sah 20 Julai hingga 4 September 2009.
next time renew.. bukan harga 50%.. tapi kena bayar harga full..
Kalo beli domain ni, kena
beli hosting skali kaa??
ps : Kurang paham hal ehwal
domain wal hosting. Maaf yer.
tak semestinya. boleh guna hosting kat blogspot. huhu
kat exabytes.com.my jual RM38 siot
itulah, cam mana ngan renew dia nanti? adakah dengan harga asal kembali?
ni rasa nak beli. tapi takde tujuan plak. haha
kat mana nak beli?
aku nak beli domain .my ni..
rm16 je..
aku nak gak!!
hehe..
sila beri tunjuk ajar dimana linknya..
bagus sekali gus dapat menunjuk identiti kita .my
ingat nak rembat jugak tapi bila fikir….fikir….pastikan yang dibeli penuh dengan matlamat..nanti rugi ajer
erkk…
kalu sama jugak utk renew, bagus beli utk 10 tahun…
sangat jimat..nheehheeh..
hamba kurang faham ngan domain ni… kalau dah beli adakah ianya ada yuran setiap tahun erk??!! ke sekali bayar jer hehe dangkal IT lagi nih
Dia ada yuran tahunan untuk setiap tahun. Cam renew ar. Huhu.
kawan2,domain yg rm16, tu adalah utk .name.my.
tapi skang ni domain name provider tgh berperang harga…ini berita baik buat pengguna.
setakat ni mengikut apa yang aku taw,
kat Exabytes:
com.my,net.my,org.my =RM28
.my = RM38
.NAME.MY = 0.99 Sen Sahaja!!!!
link : http://www.exabytes.com.my/webhosting/currentpromo/ictmydomainsales/
kat Shinjiru:
com.my,net.my,org.my=RM25
.my = RM37.50
.NAME.MY= RM11
link:http://www.shinjiru.my/promotions/domainMerdeka.html
So,konklusinya.kat shinjiru la yang paling murah.(buat masa ni.)
=)
mari beli2 ramai2..kita boost industri internet tempatan.
hehe, sudah terlewat…aku sudah membeli domain baru…waaa…rugi2
sure la ramai yang sebat sampai 5 6 domain sebab murah.. then nexy year, minta donation dari reader sbb nak bayar domain… skang murah la, nak renew, nangis!! hehehe
renung2kan dan selamat……….. membeli domain .my