14Jul

FIFA Manager 10 Bakal Menyokong Multiplayer

e-Permainan

Salah satu permainan pengurusan bola sepak yang diminati ramai adalah FIFA Manager. Terkini, EA telah mengumumkan yang mana FIFA Manager 10 yang bakal dilepaskan tidak lama lagi bakal membawakan sokongan multiplayer, yang mana boleh dimainkan oleh lebih dari seorang melalui LAN atau internet.

FIFA Manager
Gambar Hiasan – Kini FIFA Manager Dengan Kebolehan Multiplayer

Ianya sudah sekian lama diminta oleh para pemain FIFA Manager untuk menyertakan kebolehan untuk bertanding dengan rakan-rakan melalui online atau LAN, dan kini FIFA Manager 10 bakal menyaksikan fungsi tersebut diintegrasikan bersama. Ianya pertama kali EA Sports bakal mengintegrasikan fungsi tersebut, yang mana bakal membolehkan sehingga 8 orang pemain bermain bersama melalui online atau LAN. Para pemain juga boleh memainkan sekurang-kurangnya 2 musim bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.

FIFA Manager 10 dijangka akan membawakan pelbagai peningkatan dan perubahan, disamping bakal menyertakan grafik yang lebih dipertingkatkan. Animasi dan pergerakan juga dijangka akan meningkat pada versi 10 ini kelak. FIFA Manager 10 bakal menyertakan simulasi lebih 3,600 kelab, 31,000 pemain, dan 9,000 gambar sebenar pemain. Anda juga boleh mengubah statistik pemain atau menambah pemain atau mengubah pangkalan data melalui aplikasi Editor yang disertakan sekali dalam permainan tersebut.

Selain daripada FIFA Manager, anda juga boleh mencuba Championship Manager dan Football Manager sekiranya meminati permainan genre simulasi pengurusan kelab bola sepak.


Angry Birds Rio Ke Android Market Minggu Ini
Foozy.my Dilancarkan - Laman Sosial Dan Siaran Bola Sepak Melalui Web
Desura Memberikan Nafas Baru Kepada Pecinta Permainan Di Linux
Ulasan : Permainan Adam Dream Daripada Terato Tech
Ghost Recon Alpha - Filem Pendek Daripada Ubisoft Untuk Permainan Ghost Recon

12 Komen

  1. megat pada 14 Jul 2009

    wah hebatlah permainan ciptaan EA! semakin lama semakin dipermudahkan dan menarik melalui permainan secara online.

    ps – man citer lanjut pasal the sims 3! addicted. aku dgr the sims 3 blh main online, benarkah!?

    • Mohd Firdhaus pada 14 Apr 2010

      slm bro,asal fifa manager 09 ea sport pecat manager bila dah habis 1 musim,aku pun pening…dh banyak kejuaraan aku buat dalam 1 musim 2,minta tolong ko cari petua2 sikit untuk mengatasi masalah aku ni.

  2. alone pada 14 Jul 2009

    wow. bagusnya!

    boleh la buat tournament online lepas ni!

  3. mohdisa pada 14 Jul 2009

    best memang best, tp komputer pun kena power juga klu nak bermaian EA Sport ni. maklumlah high performance baru dapat kepuasan. hehe

  4. life4hire pada 14 Jul 2009

    mantap nampak gayanya nii….tp aku mmg tak layan fifa manager…main PES jer…hehe….tp sbb gambar ko letak gambar Emirates, terpaksa la aku komen jugak kan…HAHAHAHHAHAHA

  5. fareast pada 15 Jul 2009

    Tak berapa minat FIFA, lebih meminati football manager.

  6. safar pada 17 Jul 2009

    FIFA sudah lama tidak main permainan ni.biasalah kad grafik ada masalah sikit.

    sekarang boleh main secara talian…………

  7. fADLI CARRERA BADRANAYA pada 17 Aug 2009

    BOLEHLAH YANG TERBAIK, ASAL JANGAN KAYA YANG FIFA MANAGER 2009 BINGUNG DALAM PENGATURAN HARGA

  8. fADLI CARRERA BADRANAYA pada 17 Aug 2009

    2009 BURSA TRANSFERNYA NYEBELIN,MUDAH – MUDAHAN 2010 GA

  9. aBe pada 15 Dec 2009

    untuk memuat turun game ini dan berbagai game lagi, muat turun saja disini
    http://y.ahoo.it/aMgAZA

  10. bug89 pada 31 Dec 2009

    ader sesaper yang tau cmner nk main LAN fm10..

  11. din pada 28 Nov 2010

    lebih kepada football manager..taktik fm lg up..hua3..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader