31Jul

Firefox 3.6 Alpha Bakal Di Lepaskan Dalam Masa Terdekat

Perisian, Sumber Terbuka

Baru sahaja empat minggu lepas Firefox 3.5 dilepaskan, dan kini pihak Mozilla sudah dalam perancangan untuk melepaskan Firefox 3.6 Alpha 1. Firefox 3.6 bakal mengguna-pakai nama kod Namoroka dan bakal membawakan fungsi-fungsi baru seperti fungsi about:me dan banyak lagi.

Mozilla telah mengatakan bahawa Firefox 3.6 bakal menumpukan perhatian kepada peningkatan prestasi pelayar web Firefox, disamping menambah beberapa fungsi dan memudahkan navigasi, serta meningkatkan sokongan aplikasi web dan memudahkan peningtegrasian aplikasi web dengan pelayar web.

Firefox 3.6 masih akan menggunakan enjin Gecko sama seperti versi-versi sebelumnya. Sebelum ini, Mozilla telah memperkenalkan dua fungsi baru pada Firefox 3.6 iaitu fungsi about:me dan juga pembahagian proses mengikut tab. Sebelum ini juga, Mozilla telah memperlihatkan dua rekabentuk pelayar web masing-masing untuk versi Firefox 3.7 dan Firefox 4.0 kelak.


Firefox 3.7 Mengintegrasikan Fungsi Aero Lebih Mendalam
Firefox 4 Dimuat-Turun Lebih Daripada 100 Juta Kali
Aplikasi Waktu Solat Untuk Android Kini Sedia Diuji
HP : PC Dan Mesin Pencetak Berasaskan webOS Bakal Diperkenalkan
Kod Sumber Android 4.0 Ice Cream Sandwich Dilepaskan Kepada Umum

2 Komen

  1. safar pada 31 Jul 2009

    sepantas kilat mereka membuat perisian untuk masa depan.adakah mereka berasal dari masa depan.

  2. hydir pada 02 Aug 2009

    3.6? Aku baru jer update 3.5.2 hari ni ..
    tunggu jer ler sampai versi yg stabil :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader