Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah lima tahun Google memperkenalkan aplikasi emel dalam talian, GMail, hari ini mereka telah pun membuang perkataan BETA daripada logo GMail. Ianya mengambil masa yang agak lama untuk Google bersedia keluar daripada beta, dan dalam ketika beta, pelbagai fungsi baru yang telah diperkenalkan.

Bersama-sama dengan GMail, Google Calendar, Google Docs dan Google Talk turut sama keluar daripada beta. Secara ringkasnya, kesemua aplikasi web yang disediakan dalam Google Apps telah dikeluarkan daripada fasa beta. Menurut Google, langkah ini bertujuan kerana perkataan beta tidak bersesuaian dengan syarikat besar yang mana kelihatan seperti menggunakan aplikasi web yang masih lagi dalam peringkat pembangunan. Selain itu, jangka masa lima tahun adalah suatu jangka masa yang agak lama untuk berada dalam fasa beta.
Walaubagaimanapun, menariknya, sekiranya anda sudah jatuh hati kepada label beta pada logo aplikasi web Google, anda masih boleh melihatkannya kembali melalui fungsi tetapan di akaun anda. Menarik bukan?
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
akhirnya hilang jugak beta tu yek, lama betul dia duk dlm beta.
boleh setting kalau nak tgk logo beta tu? maknanya beta tapi bkn beta secara betulnya ke.. hehehe
satu masa yang cukup lama untuk berada dalam beta. tapi fungsi memang best~~
Gmail dah full edition
Info terkini kata Google nak buat OS sendiri .. Google Chrome OS ..
sasaran target next year untuk di lancarkan…
hoho .. Google nk take over from Microsoft?
Kira lama juga la google dalam beta, tapi apa-apa pun. Encik Google memang hebat. Support Google always.
huh..akhirnya..tapi aku respek la google ni..kalo takde google apps ni abes laa..kene la gune email ditahap kuno.haha
sungguh2 depa bt keja…