Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas mengumumkan pembangunan sistem operasi Chrome OS semalam, hari ini Google mengumumkan rakan kerjasama dalam pembangunan netbook untuk Chrome OS. Buat masa ini, Google mengumumkan Acer, Asus, dan HP adalah antara yang terawal akan menggunakan sistem operasi Chrome OS dalam netbook mereka.

Gambar Rekaan Chrome OS Oleh Peminat [via]
Chrome OS adalah sistem operasi berasaskna Linux dan sumber terbuka yang mana dibangunkan khas untuk netbook dan juga komputer dengan keupayaan rendah dengan akses ke internet. Ianya juga dijangka bakal diintegrasikan dengan aplikasi web milik Google seperti GMail, Google Docs dan sebagainya, sekaligus membawakan penggunaan cloud-computing ke satu tahap yang baru.
Buat masa ini, Acer, Asus dan HP merupakan antara pengeluar utama netbook di pasaran dunia. Dengan penggunaan sistem operasi Chrome OS yang bakal diedarkan secara percuma, ianya bakal menguntungkan lagi pihak pembangun, kerana mereka dapat lagi mengurangkan kos pengeluaran netbook mereka, berbanding penggunaan sistem operasi Microsoft.
Selain daripada Google Chrome OS, beberapa sistem operasi lain yang dibangunkan khas untuk netbook adalah JoliCloud dan Moblin.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kalau google berjaya…alamak bankrup ler microsoft
Na, walaupun google mempunyai potensi yang amat besar, ianya pasti mengambil masa yang sangat lama untuk ‘mengganti’ OS/Distro yang sedia ada sekarang terutama sekali Microsoft Windows.
Seperti yang dijangka, OS ini di target untuk pengguna ‘netbook’ buat permulaan. Ramai tertanya tanya apa pembaharuan yang boleh diberi oleh OS ini untuk pengguna Desktop, Laptop dan lain-lain di masa hadapan untuk menundukkan pesaing-pesaing yang lain terutama sekali Microsoft Windows.
Setuju dgn Dota… Microsoft takkan bankrap… percayalah..
p/s: google, kalau leh chantek la sket interface tu.. x selera memandangnya.
hehe..tanak partner dengan orang malaysia ker..
Microsoft mesti ada rancang sesuatu dari awal lagi.seperti vista telah dibangunkan lebih awal.walaupun tidak siap sepenuhnya.
Ha’a. Microsoft Gazelle. Nanti kita tgk perkembangan Gazelle. =D
setakat ini untuk penggunaan netbook sahaja yerk, betul tu. microsoft windows takkan bankrup punyalah. ingat senang ke. hehe
satu persaingan yang hebat antara microsoft dan google..”Google drops a Nucklear bomb on microsoft”..tp microsoft ada cara mengatasinya..jadi kita yang untung.=D