31Jul

Hantar Emel Pada GMail Dengan SMTP Server Anda

Google

Pernahkah anda menerima emel daripada sesiapa yang tertulis “On Behalf”? Jika ya, maknanya, emel tersebut dihantar menggunakan GMail, yang mana penggunanya menambah alamat emel tambahan pada akaun mereka. Kini, GMail membolehkan anda memadamkan perkataan “On Behalf” pada emel yang dihantar oleh mereka.

GMail - Lama
Cara Emel Tambahan DiUruskan Dahulu

GMail - Baru
Cara Emel Tambahan Di Uruskan Kini

Sekiranya anda salah seorang pengguna yang menambah emel tambahan pada akaun anda, anda kini boleh mengelakkan emel yang dihantar menggunakan perkataan “On Behalf”. Apa yang anda perlu lakukan, adalah untuk menambah akaun emel tambahan anda dengan mailserver-nya tersendiri dan tidak lagi menggunakan mailserver Google.

Anda hanya perlu ke tab Accounts pada Settings GMail anda, dan seterusnya klik pada “Send Mail As”. Tambah info-info yang diperlukan, dan anda sudah boleh mula menghantarkan emel menggunakan server SMTP anda sendiri. Kini, anda tidak lagi perlu membuatkan penerima emel anda pening lagi dengan perkataan “On Behalf”.


Adobe Bekerjasama Dengan Enjin Carian Mencari Fail Berformat Flash
Tiada Perancangan Untuk Mematikan Jenama Blogger?
Google Docs Turut Sama Memperlihatkan Antaramuka Baru
Google+ Memperkenalkan Fungsi Untuk Mengendahkan Pengguna Lain
#Tips : Buat Salinan Data Dan Dokumen Anda Di Google Melalui Takeout

4 Komen

  1. Khai pada 01 Aug 2009

    Pening aku nak isi username n pass ntuk smtp tu… ah, takpelah.. on behalf pon on behalf lah.. neway thanks amanz

  2. alkisah pada 01 Aug 2009

    pakcik pon poning..bab2 mcm ni pakcik lomah sikit eh..

  3. zawawi pada 14 Aug 2009

    saya masih lagi pening dgn smtp. bagai mana saya boleh dapat smtp ini tlg sudah bunto

  4. aizat pada 27 Jan 2012

    saya tak ada emel


Tinggalkan Komen Anda