31Jul

InfoMalaya : Kini 3 Tahun Di Persada Internet

Lain-lain, Web 2.0

Sama seperti aMaNz.mY yang menyambut ulang-tahun ke-4 tempoh hari, blog yang penuh dengan informasi-informasi menarik dan terkini, InfoMalaya bakal menyambut ulang-tahun ke-3 mereka pada 1 Ogos 2009. Menariknya, InfoMalaya adalah blog multi-author (lebih dari satu penulis) yang boleh dikatakan pertama di Malaysia.

Bagi yang masih tidak mengenali InfoMalaya, ianya adalah sebuah blog yang berkisar tentang perkara-perkara menarik di dalam internet, atau di sekeliling kita, berbentuk ilmiah dan menduga pemikiran kritis dan kreatif para pembacanya. Ianya dimulakan pada tahun 2006 oleh dua anak muda, Huzairy dan Yazid. Blog yang pada mulanya di kemaskini oleh mereka berdua, kemudiannya bekerjasama bersama beberapa orang penulis blog, membentuk HappyPeopleMedia (kini dikenali sebagai DataKluster). Walaubagaimanapun, atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, InfoMalaya keluar daripada rangkaian tersebut, dan mencari haluan sendiri.

Kini, InfoMalaya mempunyai 8 orang penulis yang menyumbangkan idea dan maklumat terkini melalui blog InfoMalaya. Mereka juga bergiat aktif dalam pembangunan laman-laman yang berguna untuk masyarakat Malaysia, seperti Blogtitude CSSMalaya, FeedMalaya, dan MentariWorks. Terkini, mereka dalam proses memperkenalkan CSS Framework khas untuk para pengguna tempatan.


Kemaskini Kepada WordPress 2.7.1 Secara Automatik
InfoMalaya.com Kembali Beraksi Semula
Pemilik Nuffnang Melancarkan Nom Nom Media
Tumblr Memperkenalkan Fungsi Halaman Statik
MentariWorks Ke Arah CMS - MentariCMS

7 Komen

  1. megat pada 01 Aug 2009

    bersama-sama membesar di dunia internet kan man!? sejak dari weblogscenter tak silap.

    • aman pada 01 Aug 2009

      yup. sejak weblogscenter. kita semua sama-sama. huhu. teringat masa-masa dulu ea. hehe

  2. xun pada 01 Aug 2009

    wah~
    :D

  3. Sham Hardy pada 01 Aug 2009

    bersama-sama kita hasilkan benda ni yer amanz ;)

  4. mohdisa pada 01 Aug 2009

    tahniah…yeha…

  5. Khai pada 01 Aug 2009

    Tahniah.. kalau budak kecik umor 3 tahun, dah pandai berjalan dan berlari..

    korang sebut pasal weblogcentre tu, teringat nama mamat saiful kalau x silap.. mana dia pergi da.. hhe..

  6. safar pada 01 Aug 2009

    Buat blog.jadikan blog sebagai sumber pendapatan.


Tinggalkan Komen Anda