16Jul

Kemaskini Aplikasi Lebih Pantas Dengan Courgette

Google, Perisian

Salah satu masalah utama yang dihadapi dalam pembangunan aplikasi adalah, para pengguna diminta untuk memuat-turun fail penuh setiap kali kemaskini baru dikeluarkan. Untuk mengatasi perkara ini, beberapa aplikasi dan perisian kini mengintegrasikan fungsi kemaskini automatik. Malah, Google Chrome, hari ini mengumumkan Courgette yang mana mengurangkan saiz kemaskini automatik ke saiz yang AMAT kecil sekali.

Google memperkenalkan Courgette yang mana kini mula digunakan dalam pembangunan Chrome/Chromium yang mana menjadikan kemaskini Courgette sekecil 0.08% sahaja berbanding saiz sebenar. Ia menjadikan saiz kemaskini hanya bersaiz 80Kb jika sebelumnya setiap kemaskini adalah 10Mb.

Selain daripada menguntungkan dan memudahkan para pengguna dengan sambungan internet yang rendah untuk mengemaskini aplikasi dan perisian mereka dengan mudah, dengan penggunaan Courgette juga, Google kini boleh mengemaskini pelayar web mereka setiap masa, kerana para pengguna tidak lagi akan rasa terganggu.


Google Buzz Kini Di Sokong Aplikasi Pihak Ketiga
Opera 11 Beta Sedia Di Muat-Turun
Google Earth Kini Dioptimasikan Untuk Android
Avira Melancarkan Perisian Antivirus Percuma Untuk Pengguna OS X
Flipboard Bakal Dilancarkan Untuk Android Tidak Lama Lagi

9 Komen

  1. mohdisa pada 16 Jul 2009

    bagus benor google ni yerk, tp apa kegunaan dia aman?

    • aman pada 16 Jul 2009

      Huhu..
      Erm. Kalo ikut cara biasa, setiap kemaskini saiz dia besar. Cam contoh, kalo ikut cara biasa, kemaskini terkini Google Chrome, lebih kurang 10Mb. Tapi dengan guna Courgette nie, dia leh bagi saiz dia jadi 80KB. Huhu.

      • mohdisa pada 16 Jul 2009

        oic, ok2. thanks aman. anyway byk juga aku perlu pelajari sekarang ni.

  2. alone pada 16 Jul 2009

    fuh. respek la sama google!

  3. xun pada 17 Jul 2009

    nice :D

  4. safar pada 17 Jul 2009

    Saiz kecil lebih bagus.jimat tenaga komputer nak tunggu dan muatturun.

  5. Junaidix pada 17 Jul 2009

    erm.. boleh tak aku guna utk zip fail then send ke kenkawan! beza banyak tu dari 10MB jadi 80KB! macam tak logik jer.. :P

  6. blowie pada 17 Jul 2009

    bia betul?! gila laaaaa

  7. mohdisa pada 17 Jul 2009

    benda ni digunakan dalam chrome ke?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader