29Jul

Kerjasama 10 Tahun Yahoo-Microsoft Di Umumkan

Microsoft, Yahoo!

Seperti yang dikatakan sebelum ini, spekulasi sepanjang 18 bulan akhirnya ditamatkan hari ini, apabila Yahoo! dan Microsoft mengumumkan kerjasama strategik mereka selama 10 tahun. Melalui kerjasama ini, mereka akan berkongsi teknologi enjin carian dan pengiklanan bersama.

Yahoo-Bing
Yahoo! Bakal Menggunakan Enjin Carian Bing

Melalui kerjasama ini, Microsoft bakal menyediakan perkhidmatan enjin cariannya – Bing kepada Yahoo! selama 10 tahun. Walaupun teknologi Bing bakal menjadi enjin carian teras di Yahoo!, Yahoo! sendiri juga akan terus menggunakan teknologi dan data yang dibangunkan sendiri oleh mereka dalam teknologi lain. Selain itu, Yahoo! juga diberi hak eksklusif oleh Microsoft untuk membuat jualan untuk Microsoft AdCenter. Walaupun Microsoft bakal menyediakan enjin carian untuk Yahoo!, Yahoo! masih berkuasa ke atas pengalaman penggunanya di laman mereka. Mungkin Yahoo! akan menggunakan laman hasil carian yang dikhaskan untuk mereka.

Menurut kedua-dua syarikat, pada dua tahun permulaan ini, Yahoo! bakal menjimatkan kos sebanyak $200 juta, selain meningkatkan pendapatan sebanyak $500 juta setahun. Microsoft bakal membayar Yahoo! untuk segala traffik yang dihasilkan oleh Yahoo!, disamping jualan affiliate yang dihasilkan oleh Yahoo!.

Masih tiada sebarang komen berkenaan kerjasama Microsoft dan Yahoo! ini daripada pihak Google.


YouTube Mula Menyokong Silverlight Pada Lamannya
Internet Explorer 9 Pada Windows Update Mulai 21 Mac
Microsoft Memperlihatkan Masa Depan Ruang Tamu
Ujian Dalaman Windows 8 Beta Sudah Pun Dimulakan - Membawakan Windows Media Center
Yahoo! Search Menambah Tab Carian Aplikasi Untuk iOS Dan Android

11 Komen

  1. megat pada 29 Jul 2009

    adeh macam-macam la derang nie. saja nak carik jalan nak challenge google gamaknya.

    kita lihat jerlah nanti.

  2. adib. pada 29 Jul 2009

    aku p jumpa pakcik google td..dia kata tak heran pon…hahhaa..nnt dia kaw-team ngan facebook lg depa sakit kulit..heheheh

  3. finalcross pada 30 Jul 2009

    hahaha…nak kasi google gerun ckit tu. tkpe,google tk gentar pun. :)

  4. xflixz pada 30 Jul 2009

    ilek la..td pakcik google tepon aku die ckp die tak heran..haha…sebab die ckp competitor die dari 2 dah jadi 1..

    ade2 je kan korang..huhuhu…

  5. haritz pada 30 Jul 2009

    baguslah meriah sikit dunia enjin pencarian ni..

  6. kaizer pada 30 Jul 2009

    yahoo ambil kesempatan kat microsoft je tu.Lepas dia untung dia tendang la micro$oft tu.

  7. a.halim pada 30 Jul 2009

    bibg tak best pun

  8. mantra pada 31 Jul 2009

    lagipun susah web nak tersenarai kat Yahoo…
    google terbaik…

  9. taeone pada 31 Jul 2009

    uiks 10 tahun tu,mmg bedendam sangat kat google..

  10. mohdisa pada 31 Jul 2009

    wah…cam best je yahoo ni. haha

  11. aizat kamal pada 08 Aug 2009

    semua pon nk cari lubang wat duit…
    cuma microsoft n yahoo ni maen juta2 la…
    hehehehe…


Tinggalkan Komen Anda