-
Kerjasama Yahoo-Microsoft Bertiup Kembali
Ianya sudah hampir setahun lebih kita mendengar spekulasi yang mana kerjasama Microsoft dan Yahoo! akan timbul, termasuk sehingga penolakkan Yahoo! untuk dimiliki oleh Microsoft. Kini, ianya bertiup kembali dengan mengatakan bahawa Yahoo! bakal mula menggunakan Bing sebagai enjin cariannya.

Laman Yahoo! Dengan Enjin Carian Bing.Walaupun masih lagi belum menerima berita rasmi daripada kedua-dua pihak lagi, Yahoo! mahupun Microsoft, beberapa web terkemuka melaporkan bahawa kerjasama kedua-dua pihak itu akan diumumkan dalam jangka masa 24 jam lagi. Melalui kerjasama yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa ini, ianya dijangka Microsoft bakal menyediakan teknologi enjin carian mereka untuk Yahoo! dan akan digunakan di dalam keseluruhan laman Yahoo!.
Selain itu, Yahoo! juga masih akan menjual iklan pada lamannya dan juga pada laman Microsoft Bing. Masih tiada sebarang berita berkenaan apa yang akan terjadi pada enjin carian Yahoo! kelak. Kini, Yahoo! merupakan laman terpopular di Malaysia, dan perubahan ini mungkin membawa perubahan drastik kepada penguasaan pasaran enjin carian Bing.
11 Komen
Laman carian Bing pun bukan glamour pun,itu la sebab dia kena arternatif utk mempopularkan laman dia walaupun microsoft punya.yahoo mungkin terdesak x de pelabur baru kot kat syarikat dia.saingan terbesar dia dgn google.
yahoo + bing = devastator VS Google
ceh otak yahoo dah beku kot,dia nak kalahkan bing dgn google tak bllh..jadi dari pada dua musuh baik satu lagi senang..
‘If you can’t beat them, join them.’ – Bak pepatah inggeris =D
kalo yahoo bergabung ngan google lagi cool..memang hari2 aku bukak yahoo je..huhuu..
Hmmm,diorg ni bijak btol merancang strategi besar dlm politik bisnes ni. kagum ngan semangat diorang. huhu
Apa ada pada yahoo selain YMnya yang maintain nampak best.. seacrh tool dah kalah, Yahoomail pn dah kalah kat Gmail.. iklan je tak kalah lagi =)
bisnes.. bisnes.. hehe
Adakah Pakcik Google akan tergugat? tidak semena2..hehe…
kerjasama pula.dengar kata memilik yahoo! tidak berapa suka dengan microsoft.
Kerjasama akan generate new idea…
new idea untuk expand business…
just my 2 cents