21Jul

Kini, Jelajah Bulan Dengan Google Earth

Google

Setelah membolehkan para pengguna menyelam ke dalam laut dengan hanya menggunakan Google Earth, kini Google mengumumkan penambahan eksplorasi bulan pada Google Earth. Hari ini, sempena dengan ulang-tahun ke-40 manusia menjejak kaki ke bulan, Google Moon diperkenalkan dan dilancarkan oleh Google.

Sama seperti fungsi biasa Google Earth, anda boleh bersiar-siar di bulan dengan menggunakan komputer anda dengan mudah sekali. Anda hanya perlu memuat-turun data-data baru untuk Google Earth 5.0, seterusnya sudah boleh melawat bulan dengan mudah. Melalui Google Moon, Google menyediakan pelbagai informasi berkaitan dengan penjejakan ke bulan, hasil dari eksplorasi bulan yang dilakukan menggunakan Apollo 11 sehingga Apollo 17.

Menariknya, Google juga menyediakan bantuan eksplorasi bulan (guided tour) yang mana dibawakan oleh angkasawan yang terbabit dalam eksplorasi bulan itu sendiri. Anda juga boleh melihat imej, video dan segala data-data yang berkaitan bulan dengan amat mudah sekali melalui Google Moon.


Memendekkan URL Menggunakan Goo.gl
Google Menguji Topik Hangat Pada Google News
Blogger Memperkenalkan Fungsi Template Designer
Berita Berkaitan Dengan Google Drive Mula Kedengaran Kembali
Google Memulakan Protes Ke Atas SOPA Dan PIPA Melalui Laman Carian Utama

8 Komen

  1. Fahmishah pada 21 Jul 2009

    Manusia semakin dekat dengan bulan.

  2. atokkau pada 22 Jul 2009

    aku perhati amanz ni selalu guna perkataan “amat mudah sekali” dalam artikel2 beliau.
    Salah tu.
    Kalau dah ada “amat” di depan, tak perlu ada “sekali” di belakang..
    Huhuhu..

    • aMaNz pada 22 Jul 2009

      Ehe. Nanti aku aplikasikan dalam artikel akan dtang. Thanks. =D

    • beliamuda pada 22 Jul 2009

      maksud amanz kat situ, benda tu mudah sekali je.. bukan dua atau tiga.. haha.. guro aje..

  3. mohdisa pada 23 Jul 2009

    rugi kat malaysia takleh tengok gerhana matahari. hehe

    • lol pada 27 Jul 2009

      kt bahagian utara bleh jer lol

  4. hjee pada 23 Jul 2009

    x rugi pun sbhyang sunat boleh di buat di mana-mana antara hendak dgn x mahu sja

  5. princess fyna pada 03 Aug 2009

    Hey guys!
    I pomb berminat nk tau psl bulan nie..kowt2 next time i pomb ad kt situ..jgn jelez yeh..huhu


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader