14Jul

KreativeThemes Bakal Merevolusikan Blog Anda

Web 2.0

Mungkin ramai yang sudah biasa membeli tema premium WordPress dan CMS yang lain dari beberapa laman yang menjualnya seperti Elegant Themes, WooThemes, ThemeForest dan banyak lagi. Terkini, beberapa anak muda tempatan bakal memperkenalkan servis yang serupa dengannya yang mana dikenali sebagai KreativeThemes.

vivalicious
Salah Satu Tema Yang Di Bangunkan Oleh KreativeThemes

KreativeThemes dibangunkan oleh dua orang anak muda tempatan, iaitu Amirul Faisyal – pemilik laman JurnalSEM yang memfokuskan tips pengoptimasian blog dan web dengan enjin carian, dan juga saudara Izuddin Helmi – salah seorang perekabentuk tema-tema WordPress, yang mana beberapa karyanya pernah dijual di beberapa laman terkemuka termasuk BlogOhBlog dan WooThemes.

KreativeThemes dijangka akan dirasmikan pada 15 Ogos 2009 dengan misi untuk membangunkan tema-tema CMS yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Buat masa ini, masih tidak diketahui harga yang bakal ditawarkan kepada para pengguna kelak. Namun begitu, menariknya, Amirul Faisyal telah menjanjikan akan memberikan diskaun khas untuk para pembaca aMaNz. Nantikan perkembangan lanjut berkenaan KreativeThemes di aMaNz. :)


CIMBClicks Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru
TwitPic Membawakan Sokongan Video
Facebook Turut Mempra-lihatkan Media Dan Pautan Pada Kotak Komen
Fail APK Untuk Flipboard Mula Tersebar Di Arena Internet
Facebook Memperkenalkan Kotak Dialog Notifikasi Mesej Yang Baru

27 Komen

  1. zaki pada 14 Jul 2009

    cayalah anak melayu…

  2. kreativethemes pada 14 Jul 2009

    Guys, thanks for the promo!

    We have many more cool things on my mind now and our creative team tengah bekerja keras sekarang :)

    BTW, be our FB fan and you will see sneak peek of our themes:
    http://www.facebook.com/pages/KreativeThemescom/121382370796

  3. emptyspace pada 14 Jul 2009

    woah.. gempak tu.. brape percent diskaun tu?

    • aMaNz pada 15 Jul 2009

      Nanti aku tanya Amirul. Huhu.

  4. Anarm pada 14 Jul 2009

    cayalah.. cmni la baru best..
    anak bangsa mula bersaing..
    bagus.. bagus.. bagus..
    hidup aMaNz!! :p

  5. MyCeloteh pada 14 Jul 2009

    wow memang power,dah baca porfolio izuddin helmi nie,wootheme pun amik design dier.salute beb.

  6. megat pada 15 Jul 2009

    hoho. bangga ada anak tempatan establish macam nie. apatah lagi bab design dan coding theme wordpress!

    ps – bob dgn izuddin bkn org yg sama ke!?

    • aMaNz pada 15 Jul 2009

      Erm. Sama yerk? Ntah. Aku pun tak taw.

      Tapi, aku ingat, Bob tue nama dia Rusdy kot. Huhu. Ker, aku salah bob nie. Ehe.

  7. aidilx pada 15 Jul 2009

    harap2nya theme dia yg fresh..yg menepati kehendak semasa.apa2pun, aku salute ngan kehebatan anak melayu camni.

  8. fareast pada 15 Jul 2009

    Teruskan usaha, kalau mantap aku beli satu.

  9. AmirulFaisyal pada 15 Jul 2009

    Amanz, terima kasih banyak2! Untuk bab diskaun tu, memang sah ada diskaun istimewa untuk pembaca blog Amanz ni nanti. :)

    PS: Selain aku dengan Izuddin, aku kreditkan jugak pada Bat, Cheng Soon dengan Crynobone sebab diorang juga sebahagian daripada team yang sama-sama membangungkan KreativeThemes ni & trust me, they are really highly talented & passionate to their works!

    • aman pada 15 Jul 2009

      Ooo. Tak taw lak, coz kat page Facebook cakap founder 2 orang jer. Ehe.

      • izuddin.helmi pada 15 Jul 2009

        Tertinggal lagi sorang, Gaddafi (Flisterz) :)
        Not all Malay, tapi Malaysian :)

        • AmirulFaisyal pada 17 Jul 2009

          Yeah I’m always forgetting him (Flisterz), sigh,

  10. sankai pada 15 Jul 2009

    just what i need..
    aku memang bercadang utk carik satu premium theme…

  11. xun pada 15 Jul 2009

    alamak. aku tak sempat nak buat, diorang dh promo dulu. haha. ni kena kerja keras lagi ni. hehe.

    insyaAllah aku ngn NH pun nak buat juga.

    :D

    anyway, congrats KreativeThemes!! Majulah Anak Melayu!!

  12. baloot pada 17 Jul 2009

    salam amanz

    cayalah buat amirul faisyal n izuddinhelmi. aku salute sama kamo.

    nnti aku guna theme tu. :)

  13. baloot pada 17 Jul 2009

    aduss, lupa lak premium themes.. jenguk demo je lah dulu..

    tapi aku mmg minat dgn design thesis yg di design oleh izuddinhelmi tu. kat dlm site wpbandit kalau tak silap.

    • AmirulFaisyal pada 17 Jul 2009

      Thanks Baloot! Ha’ah jengukla dulu nanti, kalau ada berminat boleh
      sambar satu, :D

      • baloot pada 22 Jul 2009

        memang bercadang jugak nak beli. tapi konfius nak guna dengan theme yg baru di-design oleh izuddinhelmi kat wpbandit tu. cun gak. pastu guna thesis framework. hee..

        theme premium baru ni guna thesis jugak ke?

        • AmirulFaisyal pada 23 Jul 2009

          Mengikut perancangan memang akan ada versi untuk Thesis bagi setiap theme yang dikeluarkan, insyaAllah, :)

  14. safar pada 17 Jul 2009

    beli satu sedekah satu.itukan lebih bagus.

  15. mohdisa pada 17 Jul 2009

    nice, wah bilalah aku akan mempunyai wordpress plak. ades

  16. alone pada 18 Jul 2009

    Cayalah! Bolehla aku tempah satu =D

  17. Free Wordpress Theme pada 26 Jul 2009

    is this free or premium wordpress theme ?

    • aMaNz pada 27 Jul 2009

      This is Premium Theme club. But, they also will release Free Theme occasionally.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader