08Jul

Mozilla : Direktori Aplikasi Web Terbuka

Sumber Terbuka

Mozilla hari ini memperkenalkan Open Web Tools Directory, yang mana mengumpulkan pelbagai aplikasi yang amat berguna untuk pembangun web pada masa kini. Langkah ini amat dinanti-nanti oleh para pembangun web, kerana sehingga kini masih tiada sebuah laman yang mengumpulkan ke semua aplikasi untuk membantu dan digunakan oleh pembangun web.

Open Web Tools Directory
Antaramuka Laman Open Web Tools Directory

Buat masa ini, hanya terdapat beberapa aplikasi yang telah dikumpulkan oleh pihak Mozilla sendiri dan disusun mengikut kategori seperti Code, Debug, Design, Deploy dan banyak lagi, selain menyediakan kotak carian untuk memudahkan proses pencarian sesuatu aplikasi untuk digunakan dalam pembangunan web. Selain itu, para pembangun juga dijemput untuk menghantarkan aplikasi mereka untuk disertakan bersama didalam Open Web Tools Directory. Ianya akan melalui proses tapisan yang mana akan dilakukan oleh pihak Mozilla sendiri, sebelum disenaraikan didalam direktori berkenaan.

Untuk melayari laman berkenaan, anda memerlukan pelayar web terkini seperti Firefox 3.5, Safari 4, Chrome 2 ataupun Opera 9. Sekiranya anda menggunakan pelayar web yang berlainan, anda boleh melayari laman berkenaan dalam bentuk HTML biasa.


Rakan Kerjasama Untuk Chrome OS Di Umumkan
Firefox 4 Akan Memperkenalkan Tab Pada Bahagian Title Bar
Pengguna iOS Akan Membeli Lebih 61% Aplikasi Tahun Ini
Jolicloud Bakal Melancarkan Aplikasi Android Dan iOS
Joomla 2.5 Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

5 Komen

  1. denaihati pada 08 Jul 2009

    tunggu dan lihat perkembangan seterusnya…

  2. mohdisa pada 08 Jul 2009

    Agak perlahan juga untuk memasuki web ini. Harap lepas ni lajulah agaknya.

  3. mohdisa pada 08 Jul 2009

    Tapi memang menarik juga, tetapi kebanyakkan tools aku tak pernah guna. Hm…

  4. abrablog pada 11 Jul 2009

    memang menarik. Tapi tak tahu nak cuba ke tak..

  5. niko pada 29 Dec 2009

    bagai mna cranya mengirimkan ke direktori aplikasi


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader