Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome, Opera juga turut sama sedang membangunkan versi terbaru pelayar web mereka. Opera 10 dijangka akan dilepaskan dalam tahun ini, dan terkini, pihak pembangun Opera sudah pun melepaskan Opera 10 Beta 2 untuk Windows, Mac OS X dan juga Linux.
Melalui kemaskini terbaruk versi pembangunan Opera 10, ianya membawakan penambah-baikkan dari pelbagai segi, selain memperbaiki lagi penggunaan Opera Unite. Para pengguna yang sudah pernah mencuba versi pembangunan Opera 10, sudah tentu perasan akan perubahan rekabentuk dan antaramuka Opera 10, selain menambah-baik fungsi terbaru, Opera Unite yang diumumkan baru-baru ini.
![]()
Sokongan Tab Bervisual Pada Opera 10 Kelak
Opera Unite membolehkan anda berkongsi fail dan bersembang dengan kenalan anda dengan lebih mudah, tanpa perlu bergantung kepada aplikasi web pihak ketiga. Anda boleh melakukan beberapa perkara seperti perkongsian fail dan sebagainya secara terus melalui pelayar web. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, malah masih belum memasuki fasa beta sekalipun lagi.
Bagi para peminat Opera, anda boleh memuat-turun pelayar web yang membolehkan anda melayari web dengan pantas ini sekarang, dan mencuba fungsi-fungsi baru yang bakal dilepaskan dalam tahun ini kelak.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
pantas ke? ada sesiapa yang menggunakannya tak?
setakat ni, Opera (Mac) lebih pantas startup berbanding Firefox. Loading page pun sama.
Itu atas laptop aku. Orang lain punya experience aku tak tahu.
2 bende aku suka tentang Opera 10 ni.
- Laju dari segi rendering and loading.
- update dia dah tak perlu download satu file besar, dah macam FF.
weakness : CSS Support dia xde untuk Round-Conner. Ergh.
ada. guna standard CSS3
Opera support Rounded Corner?
How?
Opera prihatin dengan keadaan semasa.
bagus ni. walaupun aku sangat suka firefox, opera pun boleh dicuba juga. Trimas!
Pernah cuba opera ni.firefox masa tu selalu rosak.
Aku dah try Opera 10 ni sejak Beta 1 lagi,
Fungsi yg paling aku tertarik dlm Opera 10 ni Visual Tab.
Tapi besar sangat lah :O
Apa apahal, memang SMART habes lah
aku dah test run, memang memuaskan. tp ada sedikit masalah bila pakai turbo bila low connections. cam tak support jerk.