Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai pembaca aMaNz yang kini sudah pun menggunakan Firefox 3.5 sebagai pelayar web rasmi mereka. Melalui halaman khas yang diperlihatkan oleh Mozilla, ianya memperlihatkan yang mana pengguna dari Malaysia sahaja sudah memuat-turun Firefox 3.5 sebanyak 10,274 kali, menjadikan muat-turun keseluruhan sebanyak lebih 2,764,805 (ketika artikel ditulis).

Halaman Data Muat-Turun Pelayar Web Firefox 3.5
Firefox 3.5 membawa pelbagai perkara baru, termasuk sokongan kepada HTML5, penggunaan enjin Gecko dan JavaScript terkini yang membolehkan laman web dilayari dengan lebih pantas, menyokong fungsi Private Browsing, dan membawakan aplikasi Firefox 3.5 dalam lebih 70 bahasa berlainan. Anda boleh memuat-turun pelayar web Firefox 3.5 secara percuma dari laman rasmi mereka.
Selain daripada itu, Mozilla juga sudah mula merancang dan membangunkan pelayar web versi seterusnya, yang mana buat masa ini diberi nama Firefox.NEXT dan menggunakan nama kod Namoroka. Ianya dirancang akan dilepaskan pada tahun hadapan, yang mana dijangka akan lebih memberi perhatian kepada aplikasi Desktop-Web, selain memperkenalkan fungsi baru seperti halaman about:me.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
fuh.. tgh stat tu asyik bergerak je.. tapi Malaysia punya slow je.. hehe..
~~banyak add on yang aku pakai tak compatible..
Sy dah upgrade dah kepada ver ni. Cuma ada 2 plugins je tak compatible. Yang lain ok. Dan xde masalah nak upgrade.
aku pun dah update version 3.5 nih..
sokong2
Firefox sungguh hebat!!!!! 3.5
sudah upgrade! kesan pertama yg aku dapat lihat ialah kelajuan. walaupun ada sedikit add-ons yg tak compatible, itu hanyalah bersifat sementara.
hidup ‘musang berapi’!
lah aku nyer firefox 3.0 lagi rupenye… hampeh ketinggalan tol aku ni…
adakah sekarang ni google chrome dah tewas?
tunggu lama2 skit baru upgrade.. sayang dgn plugin aku karang bila x dapat guna.. mati la… hehehe…
wah, aku pun tak download lagi…balik perlis baru nak download…hehe
okeh jer FF 3.5 ni tp dari segi speed masih belum bleh lawan Chrome…
add-ons kena tunggu sikit utk upgrade ..
anyway .. a very good browser
errr .. orang Malaysia baru 10K je yg download? .. hoh ..