31Jul

MySpace Sudah Mula Menyediakan Perkhidmatan Emel

Web 2.0

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, MySpace telah pun memperkenalkan servis emelnya yang tersendiri kepada para penggunanya dengan menggunakan alamat @MySpace.com, sekaligus menempatkan dirinya bersama-sama dengan penyedia emel yang lain seperti Yahoo! Mail, HotMail dan juga GMail.

MySpace Mail
MySpace Emel [via]

MySpace sendiri berharap dengan adanya gabungan laman sosial dan emel pada lamannya, ia akan menarik lebih ramai pengguna disamping mengekalkan pengguna sedia ada, dan menjadikan mereka lebih aktif melayari laman MySpace. MySpace Mail yang baru ini bakal diintegrasikan bersama dengan fungsi menghantar mesej di laman MySpace. Selain itu, MySpace Mail juga bakal membolehkan para penggunanya menghantar dan menerima mesej dan emel dari luar daripada rangkaian MySpace dengan adanya MySpace Mail.

MySpace Mail masih lagi dalam peringkat beta, dan akan dapat digunakan oleh semua pengguna dalam masa terdekat ini. MySpace yang dahulunya merupakan laman sosial terkemuka dunia, kini didahului oleh Facebook, yang mana kian hari makin bertambah para penggunanya. Bersama-sama MySpace, Friendster juga mula memperkenalkan beberapa perkara dan fungsi baru pada lamannya untuk menarik minat para pengguna.


BarCampMalaysia : Rekabentuk Untuk Pembangun
Re.Views - Web Ulasan Pertama Tempatan
Rangkaian Sosial Lebih Mudah Dengan Maxis Connect
Gumuu Kini Memperkenalkan Fungsi Komen
12 Designs Project Ditangguhkan Sementara

11 Komen

  1. Nikuve pada 31 Jul 2009

    wah.. nak gune jugak la nanti…
    huhu mantop abes..

  2. alone pada 31 Jul 2009

    wah! best! best!

    baru terasa nak guna myspace balik! heh2.

  3. safar pada 31 Jul 2009

    bagi saya myspace sebagus mana pun.saya tetap tidak mahu menggunakannya.

  4. Sham Hardy pada 01 Aug 2009

    mampukah ianya bersaing dgn Gmail dan Yahoo! Mail?

  5. mohdisa pada 01 Aug 2009

    wah…menarik ni…adakah patut buka akaun myspace kembali? hehe

  6. taeone pada 01 Aug 2009

    tak tau nak guna ke tak nak..

  7. Anarm pada 01 Aug 2009

    aku still rasa Gmail is the best!

  8. mantra pada 03 Aug 2009

    Gmail and Facebook.
    Tul tak? tapi its depend la ikut peminat masing-masing.
    Syabas kepada pengguna myspace sekarang

  9. Arib Ismail pada 03 Aug 2009

    Wah!
    MySpace the best lah ;)
    Facebook & Friendster still tak boleh nak tarik aku guna laman web diorang :P
    Syg MySpace :)

  10. apiz pada 03 Aug 2009

    best.. tp nk kene tahhu jgak… banyak ke functions… gmail is the best…

  11. pg pada 28 Oct 2009

    erm…boleh la..tahan


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader