27Jul

Nyah-Langgan Pada GMail Dengan Mudah

Google

Salah satu masalah yang sering menimpa pengguna internet dewasa kini adalah bilangan emel yang meningkat dari hari ke hari. Mungkin anda menerima emel disebabkan anda melanggan sesetengah emel dan mungkin juga emel spam. Walaubagaimanapun, kini, anda boleh mengurangkannya dengan mudah, melalui fungsi nyah-langgan pada GMail.

unsubscribe
Pilihan Nyah-Langgan Pada GMail

Sekiranya sebelum ini, anda menandakan sesuatu emel itu sebagai Spam, ianya akan berhubung dengan sistem spam Google, dan mungkin akan menimbulkan permasalahan kepada pelanggan emel atau sesuatu berita itu. Untuk mengatasinya, kini Google memperkenalkan fungsi nyah-langgan yang mana memberikan anda pilihan untuk nyah-langgan daripada sesuatu mailing-list.

Buat masa ini, bukan semua newsletter yang boleh di nyah-langgan, kerana sistem mereka mungkin tidak dapat memastikannya sebagai newsletter. Namun begitu, dengan fungsi nyah-langgan ini, anda dapat mengurangkan emel yang tidak diingini di inbox emel anda.


Feed Dari Blog GMail di Laman Utama GMail
Google Memperkenalkan Emoticon Pada GMail
Rekabentuk Baharu Untuk Halaman Utama Google
Google Calendar Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru
Pengguna Wanita Adalah Pengguna Telefon Pintar Paling Ramai Di Malaysia

10 Komen

  1. suhz pada 27 Jul 2009

    perh.. tajuk entri ni.. aku ingat content lain.. >__<

    biasanya kalau dpt email mcm ni, aku mark spam je.. so kalau dia hantar lg.. trus masuk spambox =)

  2. chokilala pada 27 Jul 2009

    nyah langgan? err.. unsubscribe? hehe. pelik la nyah langgan -___-”

    • hurulaini pada 27 Jul 2009

      betul3…aku pun ingat apa daa….hahahaha

  3. Khai pada 27 Jul 2009

    ramai la nyah yang tersesat kat web ni nanti bila search “mak nyah” on google.. hehehe…

    pe kata kalau ko guna je “unsubscibe” tu amanz.. instead of nyah-langgan.. tapi ko italic kan dia. sure ramai yg lebih faham..

    • aman pada 27 Jul 2009

      ehe. saje jer perkenalkan perkataan baru. aku dah takleh nak pikir perkataan melayu untuk unsubscribe. wakakaka.

  4. chokilala pada 27 Jul 2009

    betul tu. kecewa orang yang google pasal nak langgan nyah. haha. ada term yang orang boleh terima kalau diterjemahkan. tapi nyah langgan sangat xkena dan pada masa yang sama kurang sesuai. hehe. ataupun ni sekadar taktik seo amanz? hehe :P

    setuju dengan khai. italic unsubscribe je lagi sesuai

    • aman pada 27 Jul 2009

      huhu. dah try italic-kan, tapi theme aku nie tak masuk koding italic tuk header. malas lak nak gi editing css malam-malam nie. huhu. anggap jer ar taktik SEO. Huhu. :D

      • Khai pada 28 Jul 2009

        ape lak aman.. ada ke orang nak search “nyah-langgan” kat google.. ko atau aku sendiri pun sure akan google, contoh “cara subscribe blog orang”.. contoh je la.. ada ke “cara nyah-langgan blog orang”.. hehehee..

        p.s: ala title takyah italic.. dalam content je.. tp walau apapun, aku tetap sayang ko lebeh la amanz.. hahaha!!

  5. Anarm pada 27 Jul 2009

    aku rasa perkataan nyah-langgan tu dah btol dah kot..
    nyah kamu.. hahaha.. nyah nyah nyah..

    thanks 4 this info aman.. *thumbs up!*

  6. taeone pada 28 Jul 2009

    ataupun mengenyah aktifkan..(blh ke?)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader