28Jul

Rekabentuk Konsep Mozilla 4.0 Menyerupai Chrome?

Perisian, Sumber Terbuka

Jikalau sebelum ini, Mozilla memperlihatkan rekabentuk pelayar web mereka untuk Firefox 3.7, kini mereka selangkah kehadapan lagi, dengan memperlihatkan contoh konsep rekabentuk pelayar web Firefox 4.0. Melalui konsep Firefox 4.0 ini, mereka memperlihatkan dua rekabentuk yang mungkin akan digunakan dalam pelayar web mereka kelak.

Mozilla 4.0 Mockup
Rekabentuk Konsep Mozilla 4.0 Dengan Tab Di Bawah [via]

Rekabentuk pertama masih mengekalkan ciri-ciri yang lebih kurang sama seperti Firefox pada masa kini, iaitu tab diperlihatkan dibahagian bawah alamat web. Malah, pelbagai fungsi toolbar dan sebagainya diringkaskan lebih kurang seperti Google Chrome. Fungsi carian yang disertakan pada Firefox juga tidak kelihatan. Namun perkara ini mungkin boleh diubah kelak melalui tetapan.

Mozilla 4.0 Mockup
Rekabentuk Konsep Mozilla 4.0 Dengan Tab Di Atas [via]

Menariknya, rekabentuk cadangan kedua Firefox 4.0, memperlihatkan fungsi tab dibahagian atas, yang mana sekaligus menjadikan Firefox lebih kurang sama seperti Google Chrome. Sebelum ini, Mozilla juga mengumumkan mereka akan membangunkan pelayar web yang mana menyokong fungsi untuk mengawal setiap tab dengan process berbeza sama seperti yang dilakukan oleh Chrome.

Adakah kini Chrome menjadi tanda aras bagi semua pengeluar pelayar web? Selain daripada Chrome, Opera juga turut sama menggunakan fungsi tab dibahagian atas.


Chrome Memperkenalkan Pengurus Bookmark
Aplikasi iOS Oh!MediaFM Dilancarkan
Adobe Membawakan Flash Ke iOS Melalui Flash Media Server
Utter! Membawakan Input Bantuan Suara Yang Lebih Baik Dan Berbeza
Adobe Photoshop Touch Untuk iPad 2 Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun

11 Komen

  1. taeone pada 28 Jul 2009

    buruk plak nampak,asal jgn selalu crash sudah la..
    Firefox the best..

  2. Anarm pada 28 Jul 2009

    xkisah camne pon..
    musang berapi tetap yg terbaik..
    *thumbs up*

  3. Sham Hardy pada 28 Jul 2009

    yay!

    • amalina pada 13 Mar 2010

      hohooooo

  4. ejam pada 28 Jul 2009

    cantik lagi tab di bawah…
    tapi apa2 pun hidup musang berapi..

  5. finalcross pada 28 Jul 2009

    Hmmm,mmg nmpk ade elemen yg diambil dari chrome skit. yg penting smart laa.

  6. xun pada 28 Jul 2009

    hmm.. button dia, nmpak mcm UI opera 10 plak. haha. apa-apa pun, lately ni, FF mmg kurang stable sket plak. hehe.

  7. izzat pada 28 Jul 2009

    cun gak tu…tapi ui tu subjektif, harap x crash macam skrang..

  8. hydir pada 29 Jul 2009

    simple is beauty :)

  9. shafuan pada 30 Sep 2009

    aku harap lebih pantas dan selamat……


Trackbacks/Pingbacks

  1. Mozilla Memperlihatkan Antaramuka Firefox Untuk Linux - LinuxMalaya

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader