28Jul

S2Twit : Gateway SMS Twitter Tempatan

Lain-lain, Web 2.0

Sekiranya anda rajin mengemaskini Twitter anda menggunakan SMS, mungkin anda tidak dapat menampung kosnya yang amat tinggi, iaitu sehingga RM0.20 setiap SMS. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan SMS 2 Twitter yang mana anda boleh mengemaskini Twitter anda dengan menggunakan SMS Gateway tempatan.

s2twit
Langkah-langkah S2Twit

Untuk boleh menggunakannya, anda perlulah terlebih dahulu menghantarkan SMS yang mengandungi nama pengguna dan kata laluan kepada S2Twit. Ianya dianggap berisiko oleh beberapa pengguna. Untuk mengatasinya, pihak pembangunnya sedang berusaha untuk menintegrasikan fungsi oAuth, supaya pengguna tidak perlu berasa was-was untuk menggunakannya.

Selesai mendaftarkan diri anda di S2Twit, anda sudah boleh mengemaskini status Twitter anda dengan mudah, dengan hanya perlu menanggung kos untuk penghantaran SMS ke nombor DiGi berbanding kos menghantar SMS ke luar negara.

Ianya mungkin akan lebih menarik sekiranya, kita boleh mendapat SMS notifikasi untuk setiap Tweet yang mengandungi kata pengguna kita, seperti yang dilakukan oleh Twitter di awal pengenalan servis mereka. Twitter terpaksa menutup perkhidmatan tersebut disebabkan kos tinggi yang terpaksa ditanggung oleh mereka.


bbPress 1.0-alpha-2 Boleh Di Muat-Turun
Photoshop.com Diberi Nafas Baru
MyDeal Kini Bekerjsama Bersama Yahoo! Malaysia
Photovine Versi Android Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
FourSquare Versi Web Mula Menggunakan Data Dari OpenStreetMap

6 Komen

  1. megat pada 28 Jul 2009

    menarik! lagi pun twitter semakin mendapat tempat di hati peminatnya.

  2. topo pada 28 Jul 2009

    ada sesiapa yang dah guna x? nak tau best ke tak ni.. hohohoho

  3. Frantz pada 28 Jul 2009

    yo! twitter semakin best nmpaknyer ! chayoo r twiter

  4. kotam pada 28 Jul 2009

    dah try reg.. tp takleh pun.. bazir kredit je..

  5. Eriyza pada 28 Jul 2009

    Errr, lum ketagih twitter sampai
    ke tahap tuh. Hehehe!!!

  6. lalalalalalA pada 20 Jun 2010

    YESSSSS benda ni da xbfungsi dah….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader